Hattan Akui Ariane Cinta Sejatinya

Selama 9 tahun membawa haluan masing-masing, dan menjalin hubungan dengan pasangan lain, akhirnya pasangan Datuk Hattan dan Datin Arianie kembali bersatu sebagai pasangan suami isteri.

Hari ke-15 Ramadan telah membuka pintu hati mereka untuk saling menerima kelebihan dan kekurangan di antara satu sama lain. Hattan menganggap hari ini sebagai detik paling bahagia dalam hidupnya kerana doa-doanya untuk kembali membina keluarga yang dah runtuh selama sembilan tahun, termakbul.

Walaupun pernah berkahwin lain, tetapi jodoh Hattan tak lama dengan isteri baru, dan Ariane juga pernah berkawan dengan lelaki lain.

Komen Hattan

“Bagi saya Arianielah cinta sejati saya. Sebab itulah jodoh kami kuat walaupun dah melalui macam-macam perkara sepanjang tempoh berasingan,”

“Saya bersyukur kerana doa-doa saya selama ini termakbul. Saya akui bukan mudah membuka semula pintu hati Arianie. Agaknya dia nampak perubahan saya (selepas kami bercerai dulu) hari ini,”

Hattan sebak

Hattan menyapu air mata selepas selesai majlis akad nikah. Bila naik ke pelamin ringkas untuk menyarung cincin, Hattan memeluk anaknya Adam Aiman, 15.

“Saya sebak sangat … perasaan ini tak dapat nak digambarkan hanya orang yang laluinya sahaja yang dapat rasakan. Saya membayangkan anak saya pasti sangat gembira bila kami kembali bersatu,”

Komen Arianne

“Sejak lama dulu lagi kawan-kawan saya kata yang suatu hari nanti saya akan kembali kepada Hattan. Apatah lagi bila hubungan saya dengan lelaki lain tak menjadi. Saya sebenarnya tak membayangkanpun yang hari ini akan berlaku dalam hidup saya, tapi kita tak boleh nak menolak takdir.

“Kalau Hattan kata dia dah berubah… benarlah. Memang saya nampak perubahan dalam dirinya. Bagi saya perkahwinan semula ini sebagai satu langkah kami untuk melangkan ke hadapan dan membaiki kesilapan lalu. Saya pun tak sempurna dan ada juga kesilapannya. Saya tak mahu melihat apa yang dah dilalui olehnya sebelum ini sebaliknya mahu bergerak ke depan,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold