Gambar Perkahwinan Hattan dan Ariane

Hattan dan Arianie sah bergelar suami isteri dengan dua kali lafaz dalam majlis pernikahan serba sederhana yang dihadiri kira-kira 200 tetamu di Hotel Marriot pada Rabu kelmarin.

Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Sahabuddin, 49, dan Arianie dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Putrajaya, Abdul Halim Mat Isa pada pukul 6 petang.

Ia adalah perkahwinan ketiga buat Hattan dan kali kedua dengan Arianie.

Gambar perkahwinan Hattan dan Ariane

 

Pasangan itu pernah berkahwin pada 17 Disember 1996 sebelum bercerai talak satu secara rasmi pada 10 Mac 2005 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Selangor.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki Adam Eiman yang sekarang berusia 15 tahun.

Hattan juga pernah berkahwin untuk kali kedua dengan Noorfarashikin Othman pada 11 November 2011 tetapi berpisah dua bulan kemudian.

Dalam perkembangan sama, Hattan berkata, beliau bersyukur kerana doanya untuk bersatu dengan Arianie akhirnya termakbul.

Jelas Hattan, mereka memilih untuk disatukan pada bulan Ramadan kerana mahu mengambil keberkatan bulan mulia umat Islam itu.

“Sukar saya nak gambarkan dengan kata-kata kegembiraan saya kerana doa saya selama bertahun-tahun akhirnya termakbul.

“Sampai saya tersasul semasa akad nikah kerana berasa sebak dan gembira pada masa sama,” katanya.

Dalam perkembangan sama, anak tunggal pasangan itu melahirkan rasa gembira dengan penyatuan kedua ibu bapanya.

Hattan mengucup dahi isterinya semasa upacara membatalkan air sembahyang.

Adam berkata, walaupun sudah terbiasa tinggal berasingan dengan mereka dia bagaimanapun tidak sabar untuk memulakan kehidupan baru dalam sebuah keluarga.

“Saya sebenarnya tidak tahu ibu dan ayah akan berkahwin semula. Dapat tahu pun menerusi laporan akhbar dan apabila mereka bawa saya untuk membeli cincin kahwin.

“Saya bersyukur dengan penyatuan mereka dan berharap akan mendapat seorang adik selepas ini,” katanya.

Sementara itu, Hattan dan Arianie tidak merancang untuk mendapatkan cahaya mata buat masa ini namun tidak menolak sekiranya dikurniakan Allah.

Pasangan itu juga memberitahu akan membawa anak mereka bercuti ke London hujung tahun ini selain tidak sabar untuk berhari raya sebagai keluarga.

sumber :Mstar online

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold