Dayana Lokman Pernah Ditahan di Wad Kerana Tertekan

Sebarang kenyataan Noor Dayana berhubung perkahwinan mengejut suaminya tidak berjaya apabila isteri pertama Ashraf Muslim itu mengambil tindakan berdiam diri.

Bagaimanapun, bapa Dayana iaitu Haji Lokman Abdul Hamid, 54, telah berjaya ditemubual untuk mendapatkan serba sedikit cerita tentang reaksi terbaru Dayana setelah mengetahui suaminya berkahwin buat kali kedua dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29, di Thailand.

“Ana (panggilan untuk Dayana) tahu di mana duduk tempatnya sebagai isteri yang perlu berada di sisi Ashraf. Walau macam mana teruk perlakuan Ashraf terhadap Ana namun dia tetap setia bersama suaminya. Ana seorang anak yang penyabar.”

“Kalau nak tahu Ana pernah ditahan di hospital sebab terlalu tertekan gara-gara membaca surat permohonan untuk berpoligami daripada Ashraf pada April lalu. Dia memang tak menyangka suaminya itu sanggup bertindak sebegitu.”

“Dan apa juga penderitaan yang dialami Ana itu sama sekali tidak pernah dikongsi bersama saya mahupun ibunya (Normah Mohamad). Ana memang seorang yang berahsia. Tidak pernah sesekali membuka cerita perkahwinannya atau memburukkan suaminya di hadapan kami sehinggalah kejadian pada 9 Julai lalu sebaik sahaja kepulangan Ashraf dari Thailand.”

Menurut Lokman, dia amat kecewa dengan sikap Ashraf Muslim yang tidak pernah rasa bersalah walaupun telah menipu Dayana banyak kali. Malah dia meneruskan penipuan itu melalui kenyataan-kenyataan tidak benar di media.

“Berkahwin senyap-senyap di Bangkok adalah satu tindakan yang sangat keterlaluan dan mencalarkan maruah kami sekeluarga. Ashraf seperti memperbodoh- bodohkan kami. Dia telah mengecewakan hati banyak pihak. Pada mulanya saya enggan membuka pekung di dada. Tapi apabila keadaan bertambah teruk, saya tak punya pilihan bersuara.”

sumber : Utusan Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold