Bapa Mertua Kecewa Tindakan Ashraf Muslim Kahwin Dua

Lokman Abdul Hamid, 52, bapa mertua Ashraf Muslim, mendakwa dia dan keluarga kesal dengan keputusan Ashraf berkahwin di Thailand sebelum mahkamah membuat keputusan berkenaan permohonannya untuk berpoligami.

Beliau yang ditemuramah oleh Harian Metro memberitahu, semua terkejut apabila Ashraf memberitahu tentang pernikahannya di mahkamah hari ini.

Tambah Lokman, Noor Dayana, 26, hanya mengetahui Asyraf, 32, telah bernikah dengan Wan Sakinah, 29, pada hari Selasa setelah berjumpa itinerari penerbangan Ashraf dalam beg kembaranya. Apabila ditanya oleh Dayana, barulah Ashraf mengaku dia telah menikah kali kedua (di Thailand). Bagi Lokman, ia bukan perkara yang elok.

Dia tarik balik permohonannya kerana dia telah bernikah di Thailand pada Ahad lepas, 7 Julai.

Kami sekeluarga tersangat menyesal kerana kami mengharapkan perbicaraan ini dijalankan kerana jika mahkamah membenarkan dia berkahwin, kami redha. Kami akan hormat keputusan mahkamah. Ini belum lagi mahkamah buat keputusan, dia telah bernikah di Thailand.

Ini sesuatu yang kami kesali. Dia pergi ke Thailand pun tidak memberitahu isteri dia. Dia berbohong dengan mengatakan dia pergi ke Bangkok untuk business meeting.

Dia pulang ke sini pun tidak memberitahu dia telah berkahwin kepada isterinya.

 

 

Lokman turut memberitahu yang Ashraf telah memfailkan permohonan berpoligami pada April lepas, bagaimanapun perbicaraan ditangguh kerana Dayana tidak diwakili peguam.

Lokman juga mengesahkan yang Dayana tidak rela dimadukan, kerana itu dia menuntut perbicaraan di mahkamah.

Lokman kesal Ashraf tipu

“Saya berasa amat kesal dan kecewa dengan sikap dia kerana sanggup menipu Dayana. Anak saya sudah banyak bersabar dan menangis dengan sikapnya. Soal zuriat bukan alasan untuk dia berpoligami kerana mereka baru dua tahun berkahwin dan ketika itu, anak saya masih lagi belajar. Lainlah, kalau sudah lima tahun berkahwin tetapi masih tak ada anak, mungkin saya juga izinkan.

“Masa dia nak kahwin dengan Dayana dulu, saya tanya dia ada teman wanita atau tidak? Dia cakap tak ada. Sekarang, dia sendiri buat permohonan berpoligami April lalu, alih-alih sudah berkahwin sebelum hari perbicaraan. Kalau keputusan mahkamah meluluskannya untuk berkahwin lagi sekalipun, kami pasrah dan menerima keputusan itu dengan baik,”

Lebih menyakitkan hatinya, anaknya mendapat tahu mengenai perkahwinan kedua Ashraf selepas menemui jadual penerbangannya yang turut tertera nama Wan Sakinah, kelmarin di dalam beg Ashraf.

Terasa bagai ditipu, pengasas Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah itu menyerahkan kepada anaknya untuk membuat keputusan mengenai hala tuju hidupnya sendiri.

“Terpulang pada Dayana sama ada untuk terus bersama Ashraf atau tidak. Kami ada meminta dia untuk tinggal bersama kami, tetapi dia tidak mahu atas sebab masih isteri kepada Ashraf. Selagi mereka sah suami isteri, Ashraf masih lagi menantu saya cuma hubungan kami tidak lagi seperti dulu selepas apa yang dia lakukan kepada Dayana.

“Saya sudah lama syak perubahan pada diri Ashraf ketika kami menunaikan umrah. Saya ada bertanya pada dia di depan Kaabah, tetapi dia cuma mendiamkan diri. Saya dapat tahu Ashraf menjalin hubungan dengan wanita ini ketika dia masih bertunang lagi,”

sumber :Berita Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold