Alvin dan Vivian Didakwa Dengan 3 Tuduhan

Pasangan Alvin Tan, 25, dan Vivian Lee, 24, yang telah mencetus kontroversi kerana menghina agama dan  umat Islam serta bulan Ramadan , dan kes sebelum ini mereka tanpa segan silu  mempamerkan gambar lucah, didakwa di Mahkamah Jalan Duta di sini, hari ini.
Mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Tuduhan pertama

Alvin atau nama sebenarnya Tan Jye Yee dan Vivian atau Lee May Ling bersama-sama menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman Facebook ‘Alvin and Vivian-Avivi’ satu kandungan gambar dan komen bertajuk ‘Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, dan menyelerakan.’) yang mengandungi logo Halal.

 

Tuduhan kedua

Mempamerkan gambar dan bahan lucahdi laman sesawang.

Kesalahan tersebut didakwa mengikut seksyen 5(1) Akta penapisan Filem 2002 (akta 620) dan boleh dihukum di bawah subseksyen 5(2) akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.

 

Tuduhan ketiga

Bagi tuduhan ketiga,  pasangan kekasih itu didakwa memuat naik satu kandungan gambar yang berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan atas alasan agama.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 298(1)(a) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak melebihi lima tahun.

Kesalahan itu didakwa berlaku di CAF-Syed Restaurant Jalan Dang Wangi antara 11 julai dan 12 Julai 2013 sekitar jam 1048 malam.

 

Pasangan Alvin dan Vivian  diwakili peguam Chong Joo Tian dan Wong Kee Them.

Hakim, Murtazadi Amran, tidak membenarkan mereka diikat jamin dan menetapkan 23 Ogos depan untuk sebutan semula kes itu.

Pasangan itu mencetus kontrovesi ekoran penyebaran gambar mereka yang mengajak memakan bak kut teh (sup tulang babi) di media sosial Facebook, dua minggu lalu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold