Sharizal Jaszle Bersemuka Dengan Farah

Kemelut antara aktor muda, Shahz Jaszle bersama wanita yang ditangkap berkhalwat dengannya Farah Nurizzati Salleh bertambah rumit apabila mereka bersemuka di sebuah restoran di Bangsar Utama semalam.
Shaz ditemani ibu dikenali sebagai Zaleha, 68, dan tunangnya dikenali Redzwani Puteri, manakala Farah ditemani abangnya dikenali sebagai Muaz.

Masing-masing mempertahankan kenyataan sebelum ini selepas kejadian ditangkap khalwat dalam media.

Shahz, 25, muncul dalam program televisyen mengatakan dirinya mungkin diperangkap sebelum seorang gadis misteri juga pasangan khalwatnya, Farah Nurizzati Salleh, 21, pula membuat kenyataan dalam Harian Metro kelmarin mengaku mereka memang mempunyai hubungan selain menafikan serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu dirancang pihak tertentu. Kedua mereka ditahan kerana tuduhan berkhalwat pada 16 Mei lalu di sebuah unit Apartmen di Taman Sri Subang.

Dalam pertemuan semalam masing-masing mempertahan kenyataan media yang dikeluarkan selepas kejadian tangkapan itu dan saling tuduh menuduh tanpa penyelesaian.
Shahz Jasle atau nama sebenarnya Mohd Shahrizal Jaszle Jasmin mepertahankan kenyataannya, dan menyatakan keliru dengan sikap Farah yang tampil memberi kenyataan dan lebih cenderung bercerita soal hubungan mereka sedangkan ia tidak pernah ada.

“Saya membuat kenyataan dalam sebuah program sebelum ini hanya menjawab persoalan mengenai kes khalwat dan tidak langsung menyebut mana-mana nama atau menuding kepada individu tertentu. “Memang saya mengesyaki ada kemungkinan saya diperangkap tapi semuanya tidak membabitkan mana-mana nama. Justeru, saya tidak faham mengapa Farah perlu tampil menegakkan kisah kononnya kami bercinta dan tidak henti dan tiba-tiba mempersoalkan saya seakan menuduh kawan serumahnya pula. “Kami hanya kawan biasa yang kebetulan kenal di set penggambaran. Saya memang pernah membawanya pulang tapi diperkenalkan kepada mak saya sebagai kawan saja. Tapi dia yang bercakap seperti kami bercinta sedangkan tidak pernah saya janjikan apa-apa,” katanya. “Apa menjadi keutamaan membersihkan nama dan reputasi saya. Keadaan bertambah rumit kerana saya perlu berdepan dengan keluarga, tunang saya dan juga peminat,” katanya.
Farah yang bekerja di sektor perbankan pula menyifatkan Shahz pentingkan diri dan tidak mahu bertanggungjawab atas perbuatannya yang mengheret namanya sekali dalam kes khalwat di rumahnya malam itu. “Jika Shahz ingin bersihkan namanya, begitu juga saya. Banyak pihak menuduh kononnya saya berani mengambil risiko untuk membenarkannya datang rumah dan menjemputnya hingga kami ditangkap malam itu. “Justeru perlu dijelaskan puncanya adalah kami berdua memang sudah bercinta dan kerana itu saya yakin. Shahz sendiri yang memberitahu tunang itu bukan pilihannya. Malah segala bukti SMS dan saksi yang tahu kami bercinta ada dengan saya.

 

“Saya pernah ke rumah keluarganya dan berjumpa sendiri tunangnya. Tidak pernah saya mengada-adakan cerita sebaliknya semua yang saya katakan adalah perkara benar. Shahz pernah mengatakan untuk bersama saya,” katanya.
Malah, dalam laporan pihak Jais sendiri, Shahz pernah mengatakan sedemikian.
Artikel berkaitan :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold