Qi Razali dan Nelydia Senrose Bukan Pergi Kursus Kahwin

Gambar Nelydia bertudung, Qi bersongkok cetus spekulasi pasangan popular ikut kursus nikah. Tiada ribut tiada angin, tiba-tiba muncul gosip mengatakan pasangan kekasih, Qi Razali dan Nelydia Senrose, sudah pun mengikuti kursus kahwin minggu lalu. Semuanya gara-gara gambar si jejaka memakai songkok manakala si gadis bertudung penuh bertebaran di media sosial.

 

Gambar Qi bersongkok dan Nelydia bertudung


Melihat usia gadis yang baru menjengah 19, ditambah kerjaya seni yang baru hendak bertatih, mana mungkin dia menamatkan zaman dara seawal itu. Namun memikirkan Qi atau nama sebenar Qushairi Razali, 33, tampak serius terhadap hubungan mereka, ia memberi pelbagai kemungkinan.

Komen Qi Razali

“Memang ramai menganggap kami sudah selamat menjalani kursus perkahwinan. Sebenarnya kami sama-sama diundang untuk program Akustika Ramadan Raya TV3. Demi menghormati bulan mulia itu, kami diminta tampil sopan.

“Tak sangka pula ada yang tersalah anggap sebaik saja Qi memuat naik gambar itu di laman Instagramnya. Terima kasih kepada yang mendoakan, tetapi gambar itu tiada kena mengena dengan kursus kahwin,”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold