Nelydia Senrose Nafi Pakai Bikini Di Tioman

Pelakon Nelydia Senrose menafikan yang dia adalah wanita yang memakai bikini ketika bercuti di Pulau Tioman. Nelydia menerangkan dia bukan artis yang sengaja mahu menciptak kontroversi dengan cara yang begitu. Gambar wanita yang berbikini itu ialah seorang wanita mat saleh yang berada di tempat di mana Nelydia mahu merakamkan gambar pemandangan laut di Pulau Tioman itu.

Jelas Nelydia

“Sejujurnya, lillahi ta’ala, itu bukan saya. Saya bukan macam tu Saya pun tahu had saya. Sebenarnya subjek utama gambar tu adalah pemandangan (laut) di depannya. Tapi semasa saya nak ambil gambar, kebetulan ada seorang wanita mat salih berbikini di depan saya, jadi takkan lah saya nak suruh dia berganjak ke tepi.

“Tak sangka pula orang nak jadikan isu. Masa saya ambil gambar tu, saya tak fokus langsung pun pada badan wanita tu. Saya rasa orang sekaraang ni pun dah pandai menilai. Takkan lah saya nak buat kontroversi murah macam tu. Niat saya, saya nak kongsi kecantikan pemandangan yang saya nampak masa tu, dengan peminat. Tak tahu pula ramai yang ‘terima’ lain dan anggap lain”,

 

“Saya tak perasan langsung pasal gambar tu. Tapi bila abang Ahmad Idham telefon saya dan tanyakan pada saya, “Nely awak pakai bikini ker kat Tioman? Ni orang kat radio ni cakap gambar awak”. Saya kata pada abang Idham, gambar apa pula? Okay, nanti saya check. Lepas saya check tu, la… gambar yang itu ker? Saya terangkan pada abang Idham yang tu bukan saya dan kami sama-sama gelak.

“Kalau difikirkan, masa tu saya pergi bercuti dengan keluarga saya. Lagipun masa saya pergi tu adalah time cuti sekolah. Tambahan ada banyak rombongan sekolah kat situ. Kalau saya pakai bikini, nampak lah yang saya tak hormat orang keliling saya. Tapi walaupun jadi isu, saya tak delete gambar tu. Gambar tu sangatlah bukan saya sebab lengan perempuan tu kecil berbanding lengan saya”,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold