Misha Omar Kahwin Februari 2014

Setelah puas diasak mengenai perkahwinan yang sebelum ini asyik tertangguh, pelakon Misha Omar, 31 akhirnya mengumumkan dia Firos akan melangsungkan perkahwinan mereka pada Februari tahun depan di kampungnya, Kota Bharu, Kelantan.

Penyanyi yang kini popular dengan lagu “Angin Syurga” mengambil keputusan memberitahu media setelah mendapat persetujuan daripada kedua-dua belah pihak namun tarikh sebenar majlis itu akan dibincangkan selepas Aidilfitri nanti.

Kata Misha atau nama sebenarnya Samihah @ Aisah Omar, dia dan tunang, Firos Ezzwan Rosly, 31 mereka memilih Februari tahun depan bersempena dengan pertunangan yang dilakukan pada bulan yang sama tahun lalu. Tambahnya, Februari juga merupakan bulan yang manis dan sesuai untuk dia bergelar isteri kepada juruterbang MAS itu.

Misha yang ditemui di majlis Memperkenalkan Duta Produk Colourland di The Bee Publika mengucapkan syukur sewaktu mengumumkan berita gembira ini setelah dua tahun majlis ini tertangguh kerana jadual kerjaya yang berbeza.

Ditanya mengenai persiapan perkahwinan, Misha menjelaskan dia masih belum mebuat sebarang persiapan dan menyerahkan segala urusan tersebut kepada kakak merangkap pengurus peribadinya sendiri, Mimie.

Ibu angkat kepada Muhammad Adam Emir, 7 ini mengatakan perasaanya berbelah bahagi untuk mnentukan lokasi majlis perkahwinannya nanti namun dia akur dengan permintaan keluarga untuk mengadakan majlis di kampung halaman.

“Ibu memilih Kota Bharu sebagai lokasi pernikahan kerana ia kampung kami, sekaligus saudara-mara dapat berkumpul beramai-ramai,”

 

sumber: Harian Metro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold