Menjelang Episod Akhir Cinta Jangan Pergi

Drama Cinta Jangan Pergi sudah menghampiri episod akhir. Malam ini episod yang ke 23, jadi ada 3 episod lagi yang akan menamatkan drama penuh suspen, misteri dan romantis ini. Apa agaknya akan berlaku ada Lea Soraya , Kalil dan Hud?  Dalam episod 22 semalam, Lea sudah membuat keputusan untuk memilih Hud kerana sudah tak percaya pada Kalil.

Jadi apakah Lea akan teruskan keputusan itu untuk bersama Hud atau akan terbongkarkah niat buruk Shireen yang mengenakan Kalil. Ada sinopsis untuk episod 23 , 24  yang  saya dapat dari laman web tv9, laman web khas yang memaparkan sinopsis episod yang membongkarkan kisah kemalangan Kalil hingga dia hilang di dalam hutan. Sinopsis  tentang bagaimanan rahsia Shireen terbongkar dan diketahui oleh El.

Kalil sedih apabila Lea membuat keputusan mahu bersama Hud.

Kalil amat sedih, segera mengemas beg pakaiannya dan bergegas pergi. Shireen yang amat kecewa kerana masih gagal memiliki Kalil pergi ke sebuah kelab malam.  Dia cuba menghubungi telefon bimbit Kalil beberapa kali tetapi tidak berjaya.

Shireen menjadi histeria, dia pergi ke rumah Soraya tetapi Soraya menyuruhnya pergi dari situ kerana dia dan Kalil sudah tiada apa-apa hubungan lagi.

Shireen kemudiannya ke pejabat Hud dan memberitahu Hud yang dia sedang hamilkan anak Kalil.  Dia membiarkan Kalil menghamilkannya untuk kebaikan mereka berdua agar hubungan Kalil dan Soraya terputus dan dia dapat memiliki Kalil manakala Soraya pasti memilih Hud.

El yang terdengar perbualan mereka tidak menyangka Hud sanggup berpakat dengan Shireen, segera pergi dari situ.  Hud menegaskan kepada Shireen yang dia tidak bersetuju dan tidak mahu terlibat dengan rancangan Shireen lalu mengusir Shireen dari pejabatnya.

Kalil kembali ke kampung Orang Asli di mana dia telah dibawa dan diselamatkan selepas kemalangan itu.

Kalil bermimpi siapa yang mahu membunuhnya

Ketika Kalil sedang tidur dia bermimpi, mimpi tentang kemalangan yang menimpanya.  Dia ternampak lelaki yang memandu kereta yang disewanya hari itu.  Dia nampak lelaki itu meninggalkannya di dalam kereta selepas kemalangan itu.  Kalil terjaga dari mimpi dan merasa amat marah.

Shireen yang baru keluar dari pejabat Hud disekat oleh El.  El memaksa Shireen bercerita lanjut mengenai apa yang didengar di pejabat Hud tadi.   Shireen menunjukkan laporan ujian paterniti yang menunjukkan Kalil sebagai bapa.

 

El keliru tetapi tetap memberitahu JD dan Soraya apa yang didengar dan dilihatnya.  Soraya memberitahu El yang orang yang teruk seperti Kalil dan Shireen memang sesuai untuk satu sama lain. Soraya pergi ke rumah Hud dan meminta Hud memberinya satu lagi peluang tetapi Hud masih teragak-agak untuk meneruskan hubungan mereka.  Hud menerima panggilan telefon yang ibunya terkena serangan jantung lalu dia bergegas pulang ke kampung dan Soraya bertegas mahu mengikutnya.

Kalil yang gagal menghubungi Soraya bertindak ke rumahnya tetapi mendapati Soraya tiada di rumah.  Dia ke rumah JD dan diberitahu oleh JD yang Soraya telah tahu tentang ujian paterniti yang mengesahkan Kalil bertanggungjawab pada kandungan Shireen.  Kalil terkejut kerana dia tidak pernah membuat sebarang ujian paterniti lalu bersemuka dengan Shireen, memaki dan menyerangnya.

JD yang turut mengikutnya segera menenangkan Kalil.Setelah JD memberitahu El tentang apa yang berlaku mereka membuat keputusan untuk menyiasat lanjut kerana dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena dalam perkara ini.  Mereka berjaya menggodam facebook Shireen dan melalui gambar-gambar di dalamnya JD terpandang gambar Shireen berpelukan dengan seorang pemuda.Di biliknya, Shireen yang tertekan bertindak menelan pil tidur secara berlebihan.  Keluarganya berjaya menyelamatkan Shireen.

Melihat keadaan Shireen, abang-abang Shireen bersama beberapa kaki pukul berjumpa dengan Kalil.  Kalil terkejut apabila mengetahui Shireen cuba membunuh diri kerananya dan meminta kebenaran abang-abang Shireen untuk berjumpa dengan Shireen.Apabila Shireen memberitahu Kalil yang dia cuba membunuh diri kerana Kalil tidak mahu bertanggungjawab ke atas kandungannya walaupun telah dibuktikan melalui ujian paterniti, Kalil akhirnya berjanji untuk mengahwini Shireen.

Hud dan Soraya lega apabila melihat Hasmah telah pulih dari serangan jantungnya.  Di kampungnya Hud dan Soraya berbaik semula dan Hasmah merestui hubungan mereka apabila melihat Hud sangat bahagia di samping Soraya.

Ketika Kalil sedang tidur dia bermimpi, mimpi tentang kemalangan yang menimpanya.  Dia ternampak lelaki yang memandu kereta yang disewanya hari itu.  Dia nampak lelaki itu meninggalkannya di dalam kereta selepas kemalangan itu.  Kalil terjaga dari mimpi dan merasa amat marah.

 Setelah pulang ke KL, Hud sedang menunggu Soraya di ruang tamu bila tiba-tiba loceng berbunyi.  Hud terkejut melihat Kalil di situ.  Kalil memberitahu Hud dia sudah ingat apa yang Hud telah lakukan padanya.

Hud meninggalkan rumah Lea Soraya dan membuatkan Soraya tertanya-tanya apakah yang Kalil ceritakan pada Hud. Soraya pergi ke rumah Hud untuk memujuk Hud. Di rumah Hud, sedang dilanda perasaan seolah bersalah dankeliru atas apa yang berlaku.

Sinopsis Episod 25
Khalil merasa lega apabila mengetahui yang Lea Soraya telah mengetahui perkara sebenar tetapi tetap ingin meneruskan perkawinannya dengan Shireen. Kalil terpaksa berkahwin dengan Shireen demi keselamatan Lea Soraya. Dia tahu Shireen akan buat sesuatu yang tidak diduga jika dia menolak.
………………………………
Jika diimbas kembali babak perkenalan Kalil dan Soraya dalam keretapi dan tempat istimewa Kalil dan Soraya, serta bagaimana Hud begitu banyak sangat kebetulan dan seolah Hud tahu mengenai dialog dan bunga unik yang diberi Kalil pada Soraya, adakah memang sebenarnya kebetulan atau pengarah cuba memasukkan unsur suspen dan misteri tentang watak Hud dalam cerita ini? Selalu kita dengan air yang tenang jangan disangka tiada buaya.
Bagi admin, pengarah Kabir Bhatia bukan saja membuat cerita ini hanya atas tema cinta semata-mata  tetapi unsur misteri juga terselit dalam cerita ini, memaksa penonton untuk berfikir dari awal cerita hingga akhir. Siapakah sebenar kawan yang merancang membunuh Kalil? ( masih ingat filem Amukan Azazil yang pengarah twist dan masukkan unsur misteri) mungkin itu trade mark Kabir Bhatia. Kenapa agaknya Kalil berjumpa Hud untuk memberitahu siapa yang berada bersamanya dalam kereta tersebut? Sungguh misteri bukan :) atau penonton sudah dapat meneka siapakah dia?
Siapakah yang mahu membunuh Kalil… nantikan episod akhir Cinta Jangan Pergi. :) Selamat menonton.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold