Isteri Izzue Islam Tak Kecil Hati Kritikan Orang

Isteri dan pengurus kepada pelakon Izzue Islam iaitu Nurinafilah Waharudin, 31 tidak terkilan walaupun ada pihak yang mengkritik tindakannya yang enggan mendedahkan usia sebenar pada hari pernikahan mereka yang berlangsung pada 2 Jun lalu.

Awin menolak tanggapan orang yang dia malu dengan jarak usianya dengan suaminya.

“Usia bukan halangan tetapi yang lebih penting keserasian dan kesefahaman di antara kami yang membuatkan kami selesa bersama.

“Saya tidak kecil hati pun dengan apa yang orang ingin kata kerana paling penting keluarga memberikan restu dan kami serasi bersama,” jelasnya.


Sementara itu, Awin berkata, dia dan Izzue masih bercuti dan mengambil peluang ini untuk bertemu dengan sanak-saudara sebelum kembali bertugas pada minggu hadapan.

“Kebetulan cuti sekolah jadi ambil peluang ini untuk bertemu dengan sanak-saudara kedua-dua belah pihak dan Alhamdulillah semuanya berjalan lancar,” katanya.

Awin, 31, berkata, dia tidak mempunyai sebarang alasan tertentu kerana bertindak sedemikian dan tidak terkejut apabila pihak media dapat mengetahui usia sebenarnya walaupun dia tidak memberitahu perkara itu.

“Saya tiada sebarang sebab tertentu kenapa ingin menyorokkan usia sebenar saya daripada pengetahuan umum dan saya tidak terkejut apabila pihak media dapat mengetahui usia sebenar saya.

“Ia bukan sesuatu yang ingin saya sorokkan daripada pengetahuan orang lain sebenarnya,”

Izzue Islam, 23, dan Awin selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz selepas menyulam cinta selama enam tahun.

Awin turut menolak tanggapan bahawa dia berasa malu dengan perbezaan lapan tahun usianya dengan Izzue sehingga menyebabkan dia enggan mendedahkan umurnya ketika ditanya pihak media pada majlis pernikahannya itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold