Ibu Mertua Farid Kamil Tak Mahu Komen Luahan Farid

Selepas kecoh gambar baby yang dikatakan anak kepada Farid dan Diana di laman media sosial, timbul pula isu Farid Kamil meluahkan perasaannya yang berbunyi seperti  ada krisis/keretakan hubungan antara mertua dan menantu . Farid meluahkan perasaan di laman twitter dengan menulis yang hubungannya dengan ibu mertua umpama macam filem P Ramlee. Sudah 4 tahun dia bersabar dengan karenah ibu mertuanya.

Rupanya nama timangan Farid dan Diana Danielle yang mereka gelarkan diri mereka sebagai  Abang Kassim dan Chombee, ada kisah di sebaliknya yang orang tak tahu. Sekarang semua dah tahu kisah Farid yg macam filem P Ramlee.

Tindakan Farid yang menceritakan kisah peribadi pada umum, memburukkan ibu mertuanya di laman sosial dilihat sebagai tak patut kerana ibu mertua juga seperti ibu sendiri.  Ibarat Farid membuka pekung di dada. Peminat akan menilai diri Farid dan juga membuat pelbagai spekulasi dan pandangan buruk kepada Farid dan mertuanya.

Mujurlah ibu mertua Farid, Norsiah Ramli tidak bertindak menjawab kata kata Farid, sebaliknya dia bersikap mendiamkan diri tanpa memanjangkan lagi isu tersebut.

Ibu kepada pelakon Diana Danielle iaitu Norsiah Ramli, 50 mengambil sikap berdiam diri dan enggan memberi sebarang komen mengenai luahan terbuka menantunya Farid kamil yang berbaur sindiran di laman sosial Twitter, Isnin lalu.
Menurut laporan akhbar Harian Metro pada Khamis, dia menerima kenyataan Farid itu dengan hati terbuka walaupun kenyataan Farid menerusi akaun Twitter miliknya itu kelihatan agak melampau dan seakan mengiyakan desas-desus mendakwa hubungan mereka berantakan sebelum ini..
“Biarlah dia (Farid) nak kata apa, saya senyum saja. Doakan yang baik-baik untuk mereka, itu saja yang mampu saya lakukan,” katanya.
Farid turut membuat kenyataan dia sudah bersabar selama empat tahun dan ia dipercayai merujuk kepada kehidupannya dengan ibu mentuanya itu. Norsiah berkata, pada awalnya dia langsung tidak tahu-menahu mengenai perkara itu sehingga dimaklumkan.
“Selepas baca di sebuah blog, baru saya tahu (kenyataan Farid). Biarlah dia (Farid) yang nak petik. Saya okay saja,”

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Ibu Mertua Farid Kamil Tak Mahu Komen Luahan Farid”

  1. akubiomed says:

    Sudah menjadi sifat seorang ibu sebagai pelindung. Diana Danielle pula anak tunggal dan sangat rapat dengan beliau setelah berpisah dengan bekas suami. Harap kehadiran cucu nanti akan lebih sayang dengan cucu tersebut.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold