Gambar Perkahwinan Beego dan Linda Hashim

Beego atau nama sebenarnya Md Aszerul bin Nizam Abdullah, 33, telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ustaz Mohd Nizam Wahab , pada 7 Jun semalam. Pasangannya  Linda atau nama penuhnya Norhazlinda Hashim, 29, menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan wang hantaran sebanyak RM35,000.

Sejurus selepas akad nikah, diadakan upacara pembatalan air sembahyang. Beego menyerahkan mas kahwin serta menyarungkan cincin kepada isterinya. Kemudian si isteri pula menyarungkan cincin kepada suaminya.
Gambar sekitar majlis perkahwinan Beego dan Linda
 
Hantaran kahwin Beego dan Linda
Beego menyerahkan  7 dulang hantaran kepada pengantin perempuan berupa tepak sireh, sepasang kasut Quince, seutas jam Titos, sebentuk cincin & wang hantaran kahwin, sepasang jubah, set minyak wangi dan sebuah beg tangan Furla.
Sebagai balasan,Lidan pula memberi 9 dulang hantaran kepada pengantin lelaki berupa seutas jam tangan D&G, sepasang baju Polo, sepasang kasut Bershka, cermin mata hitam Cartier, sebentuk cincin Emporia Armani, coklat Hershey’s, buah-buahan, set penjagaan diri L’eau D’issey Pour Homme dan sireh junjung.
Beego dan keluarga telah merisik pada Oktober 2012 sekaligus secara mengejut majlis itu menjadi majlis pertunangan mereka.
Perkenalan Beego dan Linda bermula apabila kedua-duanya membintangi drama bersiri ‘Seuntai Kasih’ pada Jun tahun lalu. Sejak itu ikatan cinta mereka mula terjalin.
Ini merupakan perkahwinan kali kedua Beego dan kali pertama bagi Linda. Sebelum ini Beego berkahwin dengan Intan Shahira Mohd. Shahru pada 28 Disember 2007, namun rumah tangga yang dibina yang hanya mampu bertahan selama empat bulan dan dia menduda sejak tahun 2009.
Majlis resepsi pasangan suami isteri ini akan diadakan pada 8 Jun, Sabtu (esok). Berkonsepkan dalam taman, persandingan mereka akan diadakan di Dataran Karyawan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Ulu Klang, jam 8.30 malam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold