Dafi Pula Diserbu Pencegah Maksiat

Tak berapa lama berita mengenai Sharizal Jaszle ditangkap khalwat , ada pula berita mengenai penyanyi Dafi yang telah diserbu oleh pencegah maksiat kerana ada maklumat mengatakan Dafi bersama wanita di bilik hotel. Dafi yang pada ketika itu berada di Batu Pahat, Johor untuk menjalani penggambaran telah ditangkap khalwat kerana dituduh tidur di dalam satu bilik hotel yang sama.

Kira-kira jam 1.00 pagi, Dafi berada di bilik hotel dan telah diserbu oleh empat orang lelaki yang mengakui mereka adalah anggota pencegah maksiat. Mereka meminta izin untuk menggeledah biliknya setelah mendapat aduan dari orang awam yang Dafi bersekedudukan dengan seorang wanita.

Dafi telah memberi kerjasama penuh untuk membenarkan mereka memeriksa bilik hotel mereka kerana percaya dirinya tidak bersalah sama sekali. Bagaimanapun empat lelaki berkenaan beredar dari bilik hotel Dafi selepas tidak mempunyai sebarang bukti yang menunjukkan ada kelibat wanita.

Menyifatkan tuduhan sebegitu sebagai mengarut, Dafi sememangnya mengakui bahawa pembantu peribadinya seorang wanita tetapi mereka hanya berkongsi tingkat hotel yang sama bukannya berkongsi bilik seperti yang disangka .

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold