Cinta Jangan Pergi Episod Akhir Selama 2 Jam

Cinta Jangan Pergi episod akhir malam ini akan ditayangkan pukul 8.30 malam selama 2 jam. Semalam kita lihat Hud dah menceritakan semuanya kejadian bagaimana dia kenal Kalil di lapangan terbang, mereka terlibat dalam kemalangan dan bagaimana Kalil menceritakan secara detail mengenai Lea Soraya pada Hud.

Malam ini di episod akhir, apakah kesudahan cerita ini? boleh jadi happy ending seperti yang diharapkan peminat Cinta Jangan Pergi atau adakah kemungkinan yang tidak disangka sangka dalam drama arahan Khabir Bhatia yang penuh kejutan dan suspen :).

Pelbagai andaian boleh dibuat oleh penonton, ada yang kata Kalil akan tetap akan kahwin dengan Shereen dan gambar di instagram Tv9 khas memaparkan Kalil dan Shereen dinikahkan.

Namun diletakkan di caption instagram itu… jangan cepat membuat andaian.

Watak Hud masih dibincangkan hebat di fb dan twitter, ada yang berasa simpati pada Hud setelah kematian ibunya. Hud dah insaf kerana perbuatan dia meninggalkan Kalil. Jalan cerita memperlihatkan seolah olah Hud mahu membantu Kalil tapi tak berdaya. Persoalan juga di situ mengapa Hud boleh selamatkan hp dia dan mengambil beg dia  dan tak cuba berusaha menolong Kalil yang tersepit, nampak tak logik pulak kat situ. Hud seperti watak psiko dan sakit jiwa kerana ambil gambar Lea Soaraya. Kemudian dia membuat plan untuk Lea jatuh cinta padanya.

Happy ending cerita ini ….pasti ramai yang nak begitu kan? Lea Soraya memaafkan Kalil, balik ke pangkuan Kalil dan Kalil tak jadi nikah dengan Shereen. Hud insaf dan kembalikan Lea pada Kalil. Apa tekaan anda pula?

Apa apa pun harap pengarah CJP tak buat dua version macam Erma  buat dulu satu happy ending satu sad ending. :)

 

Kita layan dulu gambar instagram yang memuatkan babak episod akhir Cinta Jangan Pergi.

 

 

 

Cinta Jangan Pergi di sebalik tabir

Live streaming

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold