Cinta Jangan Pergi – Episod 18 19

Drama bersiri lakonan Tiz Zaqyah dan Remy Ishak, Cinta Jangan Pergi semakin diminati ramai, setiap minggu peminat setia drama romantik ni tak sabar sabar nak lihat babak demi babak, jalan cerita yang semakin menarik. Ada rasa suspen, ada rasa ..so sweet..setiap episod dirasakan terlalu singkat dan sekejap..kalau boleh nak lagi.. lagi dan lagi:)

Diam tak diam Cinta Jangan Pergi dan masuk episod 17 dan minggu depan episod  18 dan 19 akan muncul. Dalam episod 17 kita dah lihat Kalil dah meluahkan rasa hati dan rahsia kenapa dia jadi kejam pada Lea. Lea Soraya yang pada mulanya benci pada Kalil masih lagi tak dapat nak menipu hati dan perasaan cintanya pada Kalil. Pada masa yg sama Lea masih lagi rasa kasihan pada Hud..kasihan atau cinta?

Lea ikut Kalil tapi dia rasa bersalah pada ibunya dan Hud kerana menipu dan curang. Kerana cinta pada Kalil dia ikut saja apa kata Kalil. Kalil terus percaya yang lea untuk dia dan dia untuk Lea, sampai dia tak peduli Lea tunangan orang (memang dalam masyarakat kita ada berlaku macam ni, bawa lari tunang orang akhirnya putus tunang ).

Review episod 18 dan 19.

Daripada sumber facebook dan laman web tv9, dapat lah di review sikit episod 18 dan 19 akan datang . Apa jadi bila Hud masuk ke hospital?

Shireen pula masih lagi tak putus asa, dia masih lagi cuba buatkan Hud sedar yang Lea dan Kalil nak bersama kembali.

Shireen pergi ke hospital dan memberitahu Hud tentang hubungan rahsia Soraya dan Khalil. Walaupun Hud tidak mempercayai Shireen tetapi sikap Soraya yang mencurigakan membuatkan Hud menyedari kebenaraan kata-kata Shireen dan dia merasa amat terluka.

Khalil yang merasa kesunyian tanpa Soraya di pejabat berhasrat untuk mengajak Soraya bekerja semula di situ membuatkan Shireen bertambah cemburu.

Hud yang sakit di hospital dah semakin sihat, Lea dah kembali ke rumah dan tempat kerja selepas meluangkan masa bersama Kalil tanpa dapat dihubungi. Lea dengan rasa tanggungjawab dan kasihan pada Hud, menjaga Hud di wad.

Soraya membahagi-bahagikan masanya menjaga Hud dan secara sembunyi meluangkan masa bersama Khalil. Khalil tidak sanggup terus menanti dan sekali lagi mendesak Soraya untuk memutuskan pertunangannya dengan Hud. Khalil pergi ke rumah Soraya untuk memberitahu tentang perkara sebenar kepada ibu Soraya, Lily.

Hud turut datang ke rumah Soraya dan terkejut melihat Khalil di situ. Luluh hati Hud melihat kemesraan Kalil dan Lea. Lea perlu membuat pilihan antara Hud dan Kalil, cinta sejatinya.

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold