Benjy Ditahan Lagi Positif Dadah

Pelakon lelaki yang sebelum ini pernah dihukum kerana memiliki dadah pada 2009 sekali lagi ditahan pagi semalam kerana penyalahgunaan dadah. Khaeryl Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy ditahan pada jam 11.30 pagi semalam dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa.

 

Hasil ujian air kencing yang dijalankan ke atas anak kepada pelakon Azean Irdawaty itu didapati positif dadah jenis syabu.

Menurut jurucakap, polis akan memohon perintah reman terhadap pelakon itu hari ini di bawah Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya.

“Hasil pemeriksaan polis ke atas pelakon tersebut ketika serbuan bagaimanapun tidak menemui dadah yang dibawa bersamanya,”

 

sumber: Utusan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold