Baim Wong Mengaku Bercinta Dengan Elfira Loy

Pelakon Elfira Loy dan Baim Wong, pelakon dari seberang digandingkan dalam telefilem baru Untuk Terakhir Kali yang akan ditayangkan pada 27 Jun ini di Astro Ria. Malam tadi secara langsung , kedua pelakon ini muncul dalam rancangan Meletop, ada sedikit kejutan apabila Baim Wong secara selamba menjawab dia memang bercinta dengan Elfira Loy.

Baim Wong kelihatan malu malu bila menjawab pertanyaan Nabil dan Neelofa, dan kelihatan dia membisikkan sesuatu kepada Elfira.

Baim Wong ada juga memuatnaik gambar dia dan Elfira Loy di instagramnya dengan caption “Lagi kesepian , dateng dia. Thanks God” .¬†

Ada juga peminat mengusik Baim Wong yang Elfira mirip wajah bekas kekasihnya Marshanda.

Adakah ini hanya gimik untuk promosi telefilem itu atau adakah benar benar Baim Wong sudah jatuh cinta dengan Elfira? Baim Wong 32, sebelum ini pernah bercinta dengan Marshanda (apabila sama sama berlakon dalam sebuah  sinetron). Jika benar Baim Wong dah jatuh hati pada pelakon kecil molek Elfira Loy tu, ibarat cinta lokasi lah lagi.

Trailer Untuk Terkahir Kali

Telemovie Untuk Terkahir Kali ini arahan Michael Ang menampilkan Baim Wong sebagai hero dan juga buat pertama kali Baim Wong bekerjasama dengan produksi dari Malaysia. Pelakon lain yang turut berlakon dalam telemovie ini ialah Sharifah Shahora, Hairul Azreen dan Faralyna .

Sinopsis Untuk Terkahir Kali

Mengisahkan cinta seorang suami warga seberang terhadap isterinya orang tempatan. Dalam membina kebahagiaan hidup berumah tangga, banyak rintangan harus dilalui mereka hanya kerana berbeza kerakyatan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Baim Wong Mengaku Bercinta Dengan Elfira Loy”

  1. farah says:

    wah… suke ^_^
    farah recently posted..anjing atau menganjing

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold