Anak Saudara Farid Kamil Disalah Anggap Anak Farid dan Diana

Gambar Farid Kamil yang sedang mencium seorang bayi kecoh di internet dan FB apabila keluar berita mengatakan baby itu ialah anak Farid Kamil dan Diana. Farid Kamil memuatnaik gambar dia yang sedang  mencium seorang bayi  di FB dan meletak caption  “Welcome to the world my boy”..

Ada juga terbaca berita di yahoo entertainment kononnya Diana Danielle bersalin di Australia pada Mei lalu..

Gambar Farid Kamil dan anak saudaranya yang baru lahir

Penjelasan lebih tepat lihat gambar Fadzil Zahari (adik Farid Kamil) mendokong bayi tersebut dan menjelaskan  pada peminat yang bayi itu sebenarnya bukan anak Farid tetapi anak saudara mereka yang baru lahir..iaitu bayi kepada adik Farid Kamil Dr Anis Anwar dan Dr Nurul Ain. Dr Anis berkahwin pada September 2012.

Lihat box merah, penjelasan Fadzil pada soalan seorang peminat..

Berita di yahoo entertaiment pun begitu yakin menyatakan itu gambar anak Farid Kamil :) , dengan tajuk Diana Danielle selamat bersalin anak lelaki…hahah!!  cepat sungguh berita tersebar dan andaian dibuat.

Ramai pula yang syak wasangka kepada Farid dan Diana apabila ada  yang lihat gambar itu ada yg  mula mengira dan hitung tarikh pernikahan Farid , Diana pada November  dan tarikh masa bayi baru itu dilahirkan..ish ish..jadi fitnah le pulak…

Harap Farid Kamil boleh bagi penjelasan atau sidang media sebab peminat dah salah sangka dengan gambar itu.

Gambar terbaru Farid dan family

 

Kemaskini: Kenyataan Fadzil Zahari di Berita Harian

Dipetik dari laporan Berita Harian hari ini, Fadzil memberitahu bahawa bayi berkenaan merupakan anak saudara mereka bernama Aidid Abdyllah Anis yang baru lahir 11 Mei lalu.

“Itu bukan anak Farid tetapi anak saudara kami. Anak adik kami, Dr Anis Anwar Zahari.

“Dakwaan yang mengatakan Diana sudah bersalin itu tidak benar kerana masih belum masanya lagi,” katanya.

Perkara sama dimaklumkan Ketua Pegawai Eksekutif MIG Talent, Mejar David Teo.

“Saya mengesahkan bayi dalam gambar itu bukan anak Farid. Tiga hari lalu saya melawat Farid di kediamannya ekoran kemalangan yang dia alami sebelum ini.

“Dalam pertemuan itu, saya bertanya sama ada isterinya mahu bersalin di Malaysia atau Australia dan dia maklumkan bahawa Diana bakal bersalin di sana,” katanya.

sumber : Sinar Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Anak Saudara Farid Kamil Disalah Anggap Anak Farid dan Diana”

  1. akubiomed says:

    Cepat betul ia menjadi viral. Rupanya bukan berita benar.
    akubiomed recently posted..Pelancaran Little Red Cube dan Karnival

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold