Wajah Sharifah Aini Berubah Bukan Sebab Botoks

Wajah penyanyi Datuk Sharifah Aini aka Kak Pah dilihat berubah dan ada yang mendakwa  wajahnya berubah kerana menggunakan botoks, namun penyanyi berusian 59 tahun itu menolak dakwaan mengenai pengambilan botoks. Kata Kak Pah, dia tidak menggunakan botoks tetapi kesan terhadap pengambilan steroid secara berterusan ekoran mengalami jangkitan paru-paru enam bulan lalu.

Wajahnya kelihatan berisi dan mengembung hingga menyebabkan muka jadi ‘sembab’ dan bukannya kerana membuat apa-apa suntikan botoks ataupun lain-lain.

Wajah terbaru Sharifah Aini

Beliau turut menyatakan rasa kecewa apabila ada pihak yang cuba memfitnahnya dengan menyebarkan berita tidak benar tentang perubahan wajahnya itu dan berharap tiada lagi pihak yang akan buruk sangka dengan pendedahan berkenaan.

 

komen kak Pah,

“Sebelum ini keadaan muka Kak Pah kelihatan lebih bengkak berbanding sekarang kerana pengambilan hampir 80 miligram steroid tetapi ia sudah beransur surut kerana pengambilan ubat tersebut telah dikurangkan kepada 5 miligram sahaja,”

“Orang tidak tahu cerita, mereka mula menuduh perkara yang mereka sendiri tidak tahu keadaan sebenar. Tidak baik buruk sangka terhadap orang lain,”

 

sumber mstar online

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Wajah Sharifah Aini Berubah Bukan Sebab Botoks”

  1. Isma says:

    Salam Kak Ani.
    Lebih baik tinggalkan saja obat obat tersebut kerana semua ubat dapat memberi kesan sampingan luar dan dalam badan.Bahan kimia dalam segala jenis obat juga ada yang mengandongi racun.Mudah mudahan Kak Ani di lanjutkan usia oleh Allah Taala dan murah rezeki.
    Kisah Kak Ani yang rajin ke Salon penjagaan kulit muka(facial dan mengurut) serta penjagaan rambut sememang nya telah di ketahui umum sejak 10 tahun yang lalu kerana ada Kak Ani memberitahukan nya sempena menjawab persoalan peminat akan kejelitaan paras nya.Sememang nya paras rupa Kak Ani memang berubah kerana kenaikan berat badan nya yang mempengarohi seluroh anggota badan di tambah pula dengan tudong yang melingkari seluroh kepala menampakkan lagi kesan kebulatan paras nya.Setiap kali tampilan wajah nya ke internit,Kak Ani sering tersenyum yang menampakkan lagi ketembaman wajah nya.Jika Kak Ani tampil dengan muka masam mencuka,akan terbit pula komentar yang lain dari peminat.
    Persetankan saja apa tohmahan dari orang ramai kerana sudah di takdirkan Kak Ani terkenal dari dahulu sehingga sekarang.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold