(Sinopsis )Filem Balada Pencinta Gandingan Siti Saleha dan Johan Asari

Sebuah filem baru bertajuk Balada Pencinta akan ditayang tahun ni lakonan Siti Saleha dan Johan Asari. Filem ini diarahkan oleh Khir Rahman. Lagu tema bagi filem ni pula yang menarik tu, dinyanyikan oleh Johan Asari dan Siti Saleha. Selain tu  pelakon lain turut sama membintangi filem ini ialah Sein Ruffedge, Faizal Hussien, Iedil Putra, Miera Lyana, Azhan Rani, Norish Ismail, Ngasrizal Ngasri, Dato’ Jalaluddin Hassan, Dian P.Ramlee.

Kabarnya filem ini filem cinta yang menyentuh perasaan dan watak untuk Siti Saleha juga berlainan dari watak yang dibawanya sebelum ini.

Sinopsis Balada Pencinta

Balada Pencinta mengisahkan tentang kisah cinta terlarang di antara bekas kongsi gelap Amir (Johan Asari) yang ingin memulakan kehidupan baru dengan menjadi seorang pemuzik jalanan, sementara Aisyah (Siti Saleha) pula adalah seorang yang amat meminati seni dan juga bangsawan. Kisah cinta mereka bertukar menjadi rumit apabila kedua ibu bapa Aisyah sudahpun merancangkan perkahwinan Aisyah bersama dengan Boy (Sein Ruffedge), seorang anak dari keluarga kaya dengan harapan ingin mengembangkan perniagaan kedua – dua keluarga mereka. Adakah Aisyah akan berpaling tadah dan hidup bahagia bersama Amir atau meneruskan kehidupannya bersama Boy yang kaya tetapi tanpa cinta?

Siti Saleha dan Johan Asari

Johan Asari berjambang, nampak sangat jambang fake :)

Kata pengarah filem ni, Balada Pencinta adalah sebuah filem yang memuatkan pelbagai elemen seperti kasih sayang, romantik, budaya “busking”, kemanusiaan serta pilihan beberapa lagu berlainan genre bagi menghasilkan suatu filem yang bagus dan memberi mesej tersendiri selain digarap dalam situasi yang menghiburkan. Tambahan lagi, filem ini juga dapat menarik perhatian segenap masyarakat Malaysia tidak kira usia dan darjat.

Dapatkah filem Balada Pencinta terbitan Grand Brilliance ini meletop di pawagam?sama2 kita tunggu kemunculannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “(Sinopsis )Filem Balada Pencinta Gandingan Siti Saleha dan Johan Asari”

  1. Johan Asari! Ala sayanglah jambang nampak fake. Huhuhu.
    Siti Nurhuda Husna recently posted..Nuffnang Blogbuster Campaigns : Project C & Acer Hybrid Ultrabook

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold