Penerbit Terkenal Harap Afiq Muiz Sujud di Kaki Ibunya

Penerbit drama terkenal dan juga pemilik Station Global Sdn. Bhd., Datin Zaiton Mohd. Jiwa menasihati pelakon Afiq Muiz supaya memohon ampun dari ibunya. Beliau berharap agar Afiq tidak tersasar lebih jauh dalam persengketaan dengan ibunya itu.

 
Menurut Zaiton atau mesra dengan panggilan Kak Ton, dia menasihati Afiq yang merupakan artis residen Station Global seperti mana seorang ibu menasihati anak.
 ”Kak Ton kata pada dia, walau apa sekali perangai mak terhadap kita, sebagai anak kita perlu mengalah dan mohon maaf kerana syurga di bawah telapak kaki ibu,”
Menurut penerbit drama bersiri popular seperti Adam dan Hawa dan Sehangat Asmara itu, dia mengambil Afiq menjadi artis residen kerana melihat pemuda itu mempunyai masa depan dalam bidang lakonan.
Tambahnya, Afiq mempunyai pakej untuk dibentuk menjadi pelapis barisan pelakon lelaki dan berdasarkan faktor itu jugalah dia memilih pemuda itu sebagai artis residen pertama Global Station. Tidak di sangka-sangka nama Afiq panas ekoran kontroversi yang tercetus. Namun Kak Ton mengakui dia tidak boleh denngan mudah menyingkirkan Afiq kerana semuanya tertakluk kepada kontrak.

sumber :Malaysia Digest

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Penerbit Terkenal Harap Afiq Muiz Sujud di Kaki Ibunya”

  1. akubiomed says:

    Syurga terletak di kaki ibu. Sebagai anak perlu beralah.
    akubiomed recently posted..Wordless Wednesday Comelnya dia

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold