Mahkamah Jatuhkan Hukuman Gantung Terhadap Pembunuh Sosilawati

Sejam yang lalu berita tempatan menyiarkan bahawa mahkamah telah membuat keputusan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas bekas peguam, N. Pathmanabhan dan tiga pekerjanya kerana membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga lain di Ladang Gadong, Banting pada malam 30 Ogos 2010.

Petikan berita dari Kosmo ,

Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap bekas peguam, N. Pathmanabhan dan tiga pekerjanya kerana membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga lain di Ladang Gadong, Banting pada malam 30 Ogos 2010.

Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan terhadap kes tertuduh.

Selain Pathmanabhan, 44, , tiga yang lain ialah Thilaiyalagan, 21, R. Matan, 22, R. Kathavarayan, 32.

Mereka, didakwa membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Ladang Gadong di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos 2010. – KOSMO!

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas bekas peguam N. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya kerana membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, tiga tahun lepas.

Anak sulung jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 28, bersyukur dengan keputusan Mahkamah Tinggi di sini hari ini yang menjatuhkan hukuman gantung ke peguam, N. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya atas tuduhan membunuh ibunya serta tiga individu lain.

Selain beliau, isteri pegawai bank Noorhisham Mohamad, Suzana Radin Pangat, 41, pula menyifatkan keputusan tersebut merupakan pembelaan ke atas kematian suaminya. – KOSMO!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Mahkamah Jatuhkan Hukuman Gantung Terhadap Pembunuh Sosilawati”

  1. akubiomed says:

    Dalam diam tak diam sudah 3 tahun kes ini berlangsung.
    akubiomed recently posted..Seminar Buat Duit Dengan Blog #SBDdb

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold