JAIS Sahkan Sharizal Jaszle Ditangkap Khalwat

Semalam dunia seni tempatan dikejutkan dengan berita mengenai seorang pelakon lelaki popular yang ditangkap khalwat. Dari hint hint yang diberi ramai telah meneka siapa pelakon lelaki yang pernah bertunang dan juga pernah bercinta dengan wanita berusia darinya. Hari ini berita melaporkan pihak JAIS telah mengesahkan pelakon tersebut ialah Shahrizal Jaszle.

petikan berita

Aktor dan model popular tempatan, Shahz Jaszle telah ditangkap khalwat di sebuah unit Apartment Taman Sri Subang oleh sepasukan pegawai Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), awal Khamis.

Shahz Jaszle bertunang dengan Redzwani Puteri pada Disember 2012 yang lalu dalam satu majlis tertutup. Shahz Jaszle sebelum ini juga pernah di’kaitkan bercinta dengan Maria Farida & Miera Liyana.

Pelakon lelaki ini juga pernah popular dengan beberapa buah drama hits seperti Asmara dan Cinta Qaseh

Dipetik dari laporan Bernama, aktor berusia 25 tahun yang telah bertunang pada Disember tahun lalu telah ditahan pada jam 3.30 pagi selepas pihak penguatkuasa mendapat maklumat daripada orang awam.

Walaubagaimanapun pasangannya yang ditahan itu dilaporkan bukan tunangnya, Redzwani Puteri.

Penahanan Shahz Jaszle atau nama sebenarnya Mohd Shahrizal Jaszle Jasmi dan pasangannya dilakukan selepas gagal menunjukkan sebarang dokumen bahawa mereka mempunyai ikatan muhrim.

Perkara ini telah disahkan oleh Pengarah JAIS, Datuk Marzuki Hussin dalam satu kenyataannya.

“Selepas mendapat maklumat daripada orang awam, kami menghantar anggota penguatkuasa ke lokasi. Ketika tiba di premis berkenaan, kami menahan kedua-dua pasangan itu kerana disyaki berkhalwat.

Pasangan ini ditahan mengikut Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995.

sumber :Yahoo entertainment dan Astro Awani

 

Artikel berkaitan : Sharizal Jaszle dan tunangnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “JAIS Sahkan Sharizal Jaszle Ditangkap Khalwat”

  1. ekin balqis says:

    kesian tunang dia kan..klau aq jadi tunang dia x tau ar nak cakap cam ne..tnggu hari ahad ni msti masuk melodi…hehehe

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold