Izzue Islam Bakal Nikah 2 Jun Ini + Gambar Bakal Isteri Izzue

Pelakon dan ahli kumpulan Forteen, Izzue Islam atau nama sebenarnya Muhammad Izzue Islam Mazlan telah mengesahkan bakal bernikah bersama teman wanitanya pada 2 Jun ini. Majlis pernikahan dan persandingan yang bakal berlangsung serentak dalam satu hari yang sama itu bakal menyaksikan penyatuan dua hati antara Izzue bersama kekasihnya yang juga merangkap pengurus iaitu Awin Nurin. Dipetik dari mediahiburan karang kraf dan juga mangga online, tarikh istimewa pernikahan Izzue  itu sebenarnya jatuh pada tarikh lahirnya yang ke 24 tahun.

Izzue Islam dan tunangnya

Menidakkan dakwaan kononnya dia berbohong sebelum ini kerana menyembunyikan kisah cintanya, Izzue yang berasal dari Kelantan ini mempunyai pendiriannya sendiri.

“Ketika gosip itu tersebar, saya tidak mengiyakan dan menidakkan kerana ketika itu semuanya masih belum pasti dan apabila kami sama-sama mengambil keputusan untuk bernikah, barulah saya mula bercerita”.

“Benar kami akan bernikah pada pagi 2 Jun ini dan majlis persandingan akan diadakan pada tengah hari yang sama di Shah Alam,”

“Sekarang bila sudah pasti kami akan kahwin, barulah saya bersedia. Baru semalam saya memberitahu kawan-kawan dan meminta alamat untuk mengundang mereka dan hari ini pula saya mula bercerita kepada media. Saya harap semua orang faham,”

Izzue nak berbulan madu di Jepun

“Kalau boleh saya nak berbulan madu di Jepun. Saya minat sangat nak ke Jepun. Ini hanya cadangan sahaja, tak tahulah sama ada jadi atau sebaliknya. Sebenarnya saya belum pernah ke luar negara.”

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold