Ibu Afiq Muiz Anggap Afiq Anak Derhaka

Dunia hiburan negara digemparkan dengan pendedahan ibu kepada pelakon baru Afiq Muiz (yang dikenali melalui drama Mimpi Cinderella. )Ibu Afiq HAsliza Mohd, 48, menganggap anaknya itu sudah berubah dan jadi seperti anak derhaka. Dipetik dari mstar online dan laman web gua.com.my, ibu Afiq mendedahkan yang anaknya itu telah keluar dari rumah dan tinggal sendiri dan membuang keluarga.

Nama pelakon wanita yang juga teman rapat Afiq , Eina Azman juga dikaitkan dengan sikap Afiq yang dikatakan sudah berubah.

“Afiq sudah berubah. Dia sudah lupa bagaimana saya menjual burger untuk membantu dia berjaya dalam dunia seni.

“Ke hulu ke hilir saya bawa dia untuk di angkat menjadi artis berjaya dengan wang menjual burger. Hari ini apabila dia sudah berjaya, dia telah lupa semua itu,” ujar Hasliza sebak meluahkan rasa hatinya secara eksklusif kepada mStar Online ketika ditemui di sebuah restoran di Cheras pada Isnin.

Hasliza terpaksa membuat pendedahan tersebut kerana hatinya sudah hancur selepas melihat perubahan Afiq, 20, yang disifatkannya sudah lupa diri apatah lagi sejak dikatakan mempunyai hubungan dengan seorang pelakon wanita.

 

“Saya tidak tahu adakah tindakan membuat kenyataan ini kepada media akan memulihkan kami sekeluarga atau menjauhkan lagi hubungan saya dan Afiq.

“Tetapi rasanya inilah saja cara untuk dia (Afiq) membuka mata dan hati bahawa apa yang dilakukannya sekarang adalah salah.

“Dia telah menderhaka terhadap ibunya dan bersikap baran terhadap adik-adiknya sedangkan sebelum ini Afiq cukup penyayang orangnya.

“Tetapi sejak dia mempunyai kekasih kelakuannya tidak lagi seperti dulu,” katanya.

Lebih daripada itu ibu ini mendedahkan, dia turut menerima mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada kekasih Afiq yang berbaur ugutan dan kasar bahasanya.

 

Walaupun ibu Afiq tidak mendedahkan siapa wanita yang rapat dengan Afiq, tetapi peminat sudah boleh meneka yang pelakon Eina Azman lah orangnya, mereka berdua pernah digosipkan bercinta dan gambar mesra mereka memang ada dimuat naik di twitter dan instagram.

Ibu rayu Afiq pulang ke pangkuan keluarga

“Saya sanggup membuat apa saja agar Afiq kembali ke pangkuan kami dan saya mahu dia kembali sedar asal usulnya yang datang dari keluarga susah. Ingat jasa ibu, ayah dan adik-adik ketika kami sama-sama mahu namanya naik dalam industri seni.

“Saya sayangkan dia dan hanya mahu dia kembali seperti dulu. Kerana dia salah seorang anak yang soleh dan tidak pernah melukai hati ibu bapanya,” katanya.

Sebelum mengakhiri pertemuan dengan mStar Online, Hasliza berharap pendedahan ini akan membuka hati anaknya itu untuk berubah.

“Afiq… Umi (ibu) sayang Afiq. Jangan tinggalkan Umi… kembalilah pada Umi dan ingatlah… syurga itu di bawah telapak kaki ibu,”

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold