Afiq Muiz Dedah Ibunya Halau Dia Dari Rumah

Apabila ibu kepada Afiq Muiz,  Hasliza Mohd, 48 mendedahkan yang anaknya kini sudah keluar dan tinggal berdikari tanpa keluarga serta berubah sikap menjadi anak derhaka, Afiq,20 ,  juga membuat sidang akhbar menjelaskan pada media yang dia tidak membuang keluarga tetapi dia dihalau oleh ibunya dari rumah.

“Saya tak pernah buang keluarga saya. Ibu saya yang halau saya dari rumah, maki hamun saya, cakap saya anak derhaka dan anak yang tak guna. Ibu saya tak pernah sayang saya dan saya tak tahu apa motif ibu berbuat begini rupa,”

 

Perkara ini terjadi apabila saya berkawan rapat dengan Eina Azman. keluarga saya tak sukakan Eina dan selalu tuduh Eina macam-macam. Saya selalu nasihat adik saya yang menghina Eina. Melalui Twitter, adik saya mengatakan yang Eina berwajah buruk, Eina kaki kikis, Eina tak sepadan dengan saya dan macam-macam lagi perkara yang buruk mengenai Eina. Saya malu dengan adik saya sendiri sebab adik saya biadap. Apabila perkara ini terjadi, saya dihalau keluar dari rumah,”

“Saya kerja siang malam, ibu saya tak pernah tanya khabar. Dia hanya bertanya mengenai duit saya sahaja. Dia sayang saya sebab duit. Kalau saya tak bagi, saya kena pukul dengan abang saya. Ibu saya buruk-burukkan saya sehinggakan abang saya pernah mengamuk dan pijak kepala saya sampai saya tak boleh bangun enam jam,”

 

Afiq menjelaskan yang dia selalu mencuba untuk menyuruh keluarganya meminta maaf kepada Eina dan Afiq juga pernah berbincang dengan ibunya mengenai hal ini tetapi ibunya tak boleh menerima kesalahan sendiri. Eina juga dituduh mengambil duit, mengongkong dan membawa sial kepada Afiq tetapi semua perkara ini dinafikan sendiri oleh Afiq. Afiq juga menambah yang isu duit bernilai RM30,000 yang ditimbulkan oleh ibunya itu sebenarnya digunakan untuk membeli barang-barang keperluan rumah sewanya sendiri seperti perabot, televisyen dan bukannya untuk Eina.

“Saya bukan cerita semua ini bukannya sebab saya nak tentang ibu saya. Tapi saya tak faham kenapa ibu saya boleh cerita masalah keluarga kami pada orang lain. Apa salah Eina sampai kena tuduh sebegitu rupa? Apa salah saya sampai kena halau? Sampai ibu saya pernah kata tempat saya adalah di neraka jahanam. Saya mahukan kasih sayang, kalau ibu saya sayang saya, ibu saya takkan burukkan saya. Saya tak perlu sebut apa yang dah saya berikan pada keluarga saya, sebab nanti orang cakap saya mengungkit pula,”

 

Afiq turut menambah, walaupun dia sangat sedih terjadinya perkara sebegini, namun dia tidak mahu mengalah kerana dia seorang yang berpendirian. Dia berharap ibunya akan sedar akan kesilapannya menjaja cerita yang tidak betul serta tampil dan memohon maaf terutama kepada pihak yang telah diburukkannya iaitu Eina dan ibu Ina.

“Kenapa mesti melibatkan orang luar dalam masalah keluarga dan menuduh mereka sebarangan, Saya berharap ibu saya akan tampil menjelaskan semua hal ini serta memohon maaf kepada Eina dan ibunya serta tidak lagi mengulangi kesilapannya ini. Tuduhan ibu tidak berasas dan sama sekali memburukkan nama orang lain.

“Saya mengenali ibu saya sendiri namun sering kali saya ingin membetulkan semua kesulitan yang berlaku tapi akhirnya mereka tetap juga memburuk burukkan nama saya,”

Semoga Afiq dan ibunya dapat mencari jalan penyelesaian dan menjernihkan keadaan, mungkin ada salah faham, semuanya  perlukan perbincangan. Ibu mana yang tak sayang anak, mungkin kata kat orang yang sedang marah boleh keluar apa saja, tapi jauh di sudut  hati ibu akan tetapi ada nilai keibuan dan kasih sayang pada anak.

sumber: gua.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Afiq Muiz Dedah Ibunya Halau Dia Dari Rumah”

  1. akubiomed says:

    Memang tidak molek kisah peribadi seperti ini didedahkan kepada masyarakat. Inilah harga yang perlu dibayar apabila menjadi seorang artis.
    akubiomed recently posted..Makan makan pizza di Papa John’s

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold