Zain Saidin Kurang Ajar Dalam Masterchef Selebriti Malaysia

Siapa yang tengah tengok tadi siaran Masterchef Selebriti Masterchef 2, apa sebenar yang berlaku di sebalik kontroversi pelakon Zain Saidin yang meninggalkan Masterchef Selebriti. Semuanya telah terjawab tadi, panas, memang panas, inilah drama lagi yang dibuat dalam rancangan Masterchef di astro yang rating tinggi.

Zain Saidin dan Chef JO bertemu dalam MELETOP live

Bersesuaian dengan tema Masterchef Selebriti Malaysia musim ke 2 ni, Bila dapur menjadi panas, watak lain menjadi jelas. Zain Saidin seolah memperlihatkan perangai dan tingkah lakunya yang sebenar. Siapa pun yang lihat rancangan dan insiden antara Zain dan juri  , pasti akan terkejut dengan sikapnya yang sangat biadap dan kurang ajar …tambahan lagi kepada para para juri yang lebih berumur dan boleh digelar guru dalam rancangan masakan itu telah dipanggil / dibahasakan awak..awak saja oleh Zain.

Kalaupun betul apa yang dicakapkan oleh Zain, dia perlu bercakap dengan lebih sopan , dan menghormati orang lain. Rakan artis seperti Lydiawati juga menyifatkan Zain Saidin sebagai kurang ajar dan kesal kerana sikap Zain.

Zain menegaskan dia hanya pelakon dan bukan kepakaran dia memasak di dapur, mungkin kerana sangat bengang dengan kritikan Chef Jo yang mengatakan pancake yg dibuat Zain ialah yang paling terburuk pernah dirasanya..pancake hangit …huhu!!

Pancake Zain buat

Zain  meluahkan yang dia tak puas hati dan baginya para juri dan Chef tak adil dan tak layak jadi pengadil pun..wahh!! sampai macam tu sekali. Dia rasa cara dia betul kerana dia lebih percayakan kawan kawan dari pendapat Chef semasa memasak..sebab tu dia buat tak endah apa yang dicakapkan oleh Chef -chef.

 

pesanan buat kawan kawan dia…I dont care who they are, what they say, i dont let them push me around

Sesi penyingkiran menjadi semakin panas , juri Chef Jo tak sabar jugak dengan kelakuan Zain dan meninggikan suara , Che Jo ada sebut pasal buah epal yang sengaja diambil oleh Zain, bukan untuk dimasak tapi untuk dimakan saja.

Rakan rakan artis yang menanti di pintu pun boleh dengar apa yang dijeritkan oleh orang dalam dapur tu. Mereka pun tercengang cengang.

Zain melangkah keluar dari dapur tanpa bersalam dengan para chef dan juri.

Inilah bakal laki Che Ta ni ye..

Bila keluar semua rakan artis tertanya tanya kenapa Zain macam ada sesuatu saja. Terutama Pak Nil, kerana nama pak Nil ada disebut dalam ketidak puasan hati Zain tadi semasa pertikaman lidah dengan juri.

Che Ta pula nampaknya memihak pada buah hatinya, katanya Zain dalam keadaan marah dan bengang memang akan keluarkan ayat yang tak sepatutnya. Masa pertikaman lidah tu, nampak camera fokus kat Che Ta, dia pun duk geleng kepala..kenapa agaknya takut bertumbuk ke apa? Bila ditanya, dia masih positif lagi komen pasal insiden tu.Boleh buat lawak lagi.

Patutlah Che Ta dapat terima Zain ye..sebab tu depa dua orang serasi bersama..huhu!!

Respect kepada pelawak Sathia yang selalu cool dan boleh menerima kritikan dari juri dengan sabar dan mencuba buat yang terbaik dan semakin baik. Zain patut belajar dengan Sathia lah.

Apa apa pun, Zain kenalah terima kritikan dan cabaran, dalam apa jua bidang , kena marah dan kena kritik memang ada, kalau tidak macam mana nak berjaya. Bak kata Chef Jo dia di dalam dapur, seumpama dia anak murid dan para chef juri dan guru. Perlu hormat guru.

Menjadi diri sendiri dan yakin tu penting tapi tak perlulah sampai jadi kurang ajar atau tak nak dengar pendapat orang lain.

Komen Chef Jo dan cerita di sebalik kejadian yang sangat panas di dapur Masterchef Selebriti

Jelas Chef Jo atau lebih mesra di panggil Papa Jo oleh peserta, memerhatikan  sikap Zain yang hanya merasakan dirinya sahaja betul dan sukar untuk menerima teguran orang lain malah khabarnya juga aktor tersebut bertindak memarahi  krew produksi apabila dia diminta untuk menyalin resepi yang dimasak. Amboi kereknya!

Sepanjang beliau terbabit dalam rancangan ini, Papa Jo juga  nampak setiap kali Zain ke pantri dia akan mengambil sebiji epal walaupun ia tidak digunakan dalam resepi,beliau akan makan sedikit dan tinggalkan epal itu. Kadangkala dia sengaja mengambil sekotak susu di dapur dan minum dan buka sambil digunakan untuk masak.

Tambahnya lagi, Zain juga ada berkelakuan seperti ingin mencabar tahap kesabaran juri-juri dan contohnya apabila Chef Zubir sedang memberikan penerangan beliau akan memotong  dan memberi seribu satu alasan.

Pada pandangan Chef Jo, Zain Saidin cuba untuk menunjukkan satu karakter. Sikap yang ditunjukkan Zain dalam rancangan itu dikhuatiri akan memberi impak buruk kepada dirinya sendiri kerana ramai remaja di luar sana memandang tinggi  keperibadiannya sebagai seorang guru di dalam rancangan pendidikan Oh My English. Pastinya apa yang dibuat Zain tidak bagus pada pandangan penonton yang menyaksikan rancangan realiti ini.

Bak kata orang sikap manusia itu sukar untuk diubah kerana ia sudah sebati dengan diri,namun itu bukan satu alasan untuk kita tidak menghormati orang lain dan mempunyai sifat untuk bertolak ansur di antara satu sama lain dan sebolehnya cuba untuk bersikap sopan apatah lagi menyedari bahawa diri kita dipandang tinggi oleh golonggan muda di luar sana dan jangan pernah anggap bahawa ia sekadar lakonan di kaca tv, habis lakonan habislah apa yang terjadi di luar sana tidak penting.

 

Adakah  Zain jugak akan kesal apabila melihat kelakuan dia ni di kaca tv nanti..tak kan nak tunggu raya nak minta maaf kat para juri kot?

Buang yang keruh ambil yang jernih..entah entah ada drama lagi yang akan dibuat dalam Masterchef Selebriti Malaysia , saat2 bermaaf maafan pulak kot.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

29 Responses to “Zain Saidin Kurang Ajar Dalam Masterchef Selebriti Malaysia”

  1. juring says:

    dalam kitchen culture, this is the first time i had seen 3 chefs of prestigious in the industry are being question by a mere amateur. being humans, there must have been involving a certain level of risk when making judgment. and risk cannot be factored to zero. the ruling might not properly delivered but that doesn’t mean that the judges are not being fair rather then it comes from the shortage of being humans. if he want to insist on the rice, hey its not even judge and taken into account rather then uncle aznil original dishes that are factored. when he question the chefs about fairness i was taken abashed by this absurdity. not in europe, not in middle east, not in america, have i seen such absurdity happening inside the kitchen culture. he is coming to the competition being a completely novice, in fact an amateur, u wanna level with the chefs go make a name inside the industry rather then be a completely douchebag on tv.

  2. wakenal maklu says:

    memang kuang hajar budak ni! Che Ta pun sama level dgn budak ni..bodoh sombong meluat tengok!!

  3. mkyh says:

    Panas baran sgt. Habih la hang che ta oiii…dpt laki lagu tu

  4. ika says:

    Tak respect orang betol.

    belagak bagus sangat lah.
    nak glemer dan hebat pergi capai tahap pelakon terbaik dulu le..
    ni nak tumpang glemer che ta buat pe.
    hampeh!!

  5. riduan says:

    rupanya che ta pun sama ngok cam budak hingusan ni.

    mat saleh lah sangat..hahaha!! buat pancake english pe kejadah camtu

    baik satia tu masak lagi ok.

  6. la 122 says:

    astro memang nak tinggikan rating, korang tak tau ke. Saja buat drama bagi orang tengok lagi.Bodoh astro ni, budak budak pun tiru perangai artis tak laku.

  7. Usin Lempoyang says:

    Zain sangat2 KURANG AJAR!!! mmg patut keluar… Rugilah Che Ta dpt budak bodoh mcm Zain!!! ptuihhhhhh

  8. omak den says:

    Aku pun hangin je tgk budak tu tadi. rasenye nak bagi penampo je

    cool la chef zubir, terbaik!

  9. pru13 says:

    Ini lah budaya masyarakat kita, pemimpin pun duk hina maki sana sini, video seks.
    tambah le pulak artis lagi teruk , semua tiru acuan dari mana, nak salahkan siapa???

  10. aman says:

    Seteruk teruk azwan ali yang mulut laser tu, dia tak pun melazer balik papa joe tu. ada jugak hormat dan budi bahasa.
    ini bodoh tak boleh diajar ni

  11. Cacing kerawet says:

    Lu ckp semua btl la aku sokong, zain ni bg aku org x guna, kalau nak buat filem kalau ada dia blh bankrap company 2, nak gtu thu betapa bodoh biasanya orang mcm ni x blh wak kwn, apa org tua ckp makan kwn perangai buruk, pempuan yg malang je yg sangup berkongsi hdp dgn budak mcm ni, mf semu aku panas sgt kalau tgk org yg x pandai hormat org yg lbh tua, fikir dan renung:

  12. what ever! says:

    chef jo 2 pon agak2 la nk comnt pon..dorg celebrity je kot..bkn chef.. spe x sentap org ckp cm 2… bkn ngn zain sorg jela..ngn org lainpn dr sblom2 ni mmg mulut die cm…xtau nk ckp la.. ko patut mendidik..bkn kritik sampai mghina!!!! bloger2 tau nk mnjatuhkn nme artis ke..ko 2 baik sgt ke? sempurna sgt??

    • akubukanchef says:

      Tula orang Melayu. Kata2 pedas sikit takleh terima. Tu kitchen dia lantak dia la nak comment ape. Bukannya tempat tu celebriti2 ni punya bapak yang punya Peduli apa selebriti ke x. Kalo hang tengok rancangan US lagi la teruk kena maki dan kutuk. Tapi semuanya professional dan takde take it personally. Cube tengok Radhi, aku suka betul Radhi ni. Dia bagi aku tak pandai pun masak, tapi sejak episod pertama tu, yang dia kena kata2 tajam dari chef tu, terus dia behave and dia rasa status selebriti dia kat competition Masterchef ni tak membawa apa2 makna. Dan dia berusah belajar dari kritikan dan teguran chef. Ni la kualiti artis yang perlu ada dan patutu dicontohi.

    • boboi says:

      Lydiawati pun bengang ..ko tak tengok ke, orang cakap pasal sikap artis yang buruk ..dan ada kesan pada penonton termasuk kau sekali , meroyan melatah panas baran, tak boleh ditegur langsung, melenting.
      sikap remaja masa kini la, tak bole ditegur.
      Artis cam Zain tu lah yg jatuhkan diri dia sendiri bukan orang lain,x perlu salahkan org lain.

    • Agus says:

      Kalau tak mau masak jgn masuk buat org meluat.

    • Cacing kerawet says:

      Akal pendek orang yg fikir mcm hang, nak cover zain pun agak2 la, hang ni jenis yg x pandai hormat guru gak, bodoh sombong: lantak hang, rosak otak aku fikir pasal hang:

  13. love papa joe says:

    Zain saidin kuang ajaqqqqqqq!!!! Jgn tngok.oh my english lg..tukar teacher.lain..!!!

  14. jeff says:

    Aku rasechef joe pun ego juga, tau la dia pakar masak tetapi tak patut dia hina makanan dan kondem memalukan zain macam tu, sure zain pun akan rasa malu dan cakap yang pedih pedih kat chef,
    dia lagi lah berdarah muda. papa joe yang tua patut tau camne nak handle orang kalau dia dan berpengalaman.
    nak tegur biar bahasa jangan menyakitkan orang.
    Lidah lagi tajam dari mata pedang.

  15. sinchan says:

    Zain ni dah start kurang ajar lagi kat staf Masterchef pun dia kurang ajar. Chef pun dah mula meluat perangai dia tu sebab tu bila nak terkeluar chef henam cukup cukup..haha padan muka!!

  16. boboi says:

    Masa masterchef yang bukan selebriti, semua peserta bagus, tak de kuang ajor ke apa. Terutama bangsa lain, mereka tau hormat guru. Tak lawan guru.

  17. awie says:

    Ini semuaa poyoooooooo!!!!!!

  18. geng kg dusun says:

    Nanti che ta jd kawen dgn zain, dia kena jaga 3 orang remaja , 2 anak dia yg remaja dan sorng lg, Zain yang kebudak budakan. Hahahahhahahaa!!!!

  19. aq mmg mluat btoi la dgn zain niy??ta dak adab??baliklaa…cik ta buta..calon suami langsung ta beradab..wth??ni ka caranya malaysian behave?kalau rasa mmg ta boleh trima kritikan jgn masuk dr awl..tadak job leeteew..

  20. walaweiii says:

    Jantan cm zain ni bodoh sombong n x beradab!ada juga org bodoh yg suka mbodohkan dri utk tontonan org..kuat cemburu pun engko jgak!betina bodoh je nak jantan cam ko tuh!wei..wei..wei!!!!biar muka x kacak@x cantik asalkan budi pkerti tinggi n adat n adab ada tu yg wat mnsia ni indah d pandang!!!

  21. atsu says:

    setuju…sblm ni aku xbenci n xplak suka kt dia p stelah dia kurang ajar dgn chef tu tambah chef tu orang tua yg patut di hormati aku brtmbah xsuka dgn dia,kot ya pun nk luahkan prasaan fikir la dulu..dah habis cakap bru nk mnyesal xguna la…pada pminat zain,zain korang awal2 lagi dh tunjuk sikap kurang ajar..makan epal la apa la,rozita pn bkn tunjuk kekesalan p siap ktawa..dah bf ko xmatang ko pn skali sokong n jd xmatang mcm dia…blum kawin dh kawin ko pn trikut prangai org muda…org darah muda cpt marah konon……patutnya ko n bf ko muhasabah diri..pendapat sendiri je fikir yg orang tegur xpakai..awal2 dh cerminkn sikap biadap pastu nk salahkan org lain..bertambah2 la haters ko..xpe la..ko kn suka haters…I LOVE HATERS KN….

  22. dil says:

    kurang ajar and biadap….mmng x sesuai buat laki…

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold