Zain Saidin dan Chef Jo Bertemu Dalam Meletop

Zain Saidin dan Chef Jo (juri Masterchef  Malaysia) bekal bertembung dalam siaran Meletop secara live malam ni pukul 10.00. Apakah agaknya yang bakal berlaku? drama lagi pihak astro buat. Rating penonton MELETOP pula akan naik malam ni. Panas..panas..Tekaan admin, pihak astro cuba untuk memberi peluang pada Zain meminta maaf kepada papa Joe dan meluahkan apa yang terpendam, berikutan insiden yang panas di dapur masterchef.

Dari apa yang berlaku mungkin Zain sudah cool down dan merenung sejenak dengan apa yang berlaku..tak payah tunggu raya kot nak minta maaf.

Dalam insinden di dapur masterchef, Zain Saidin telah mempertikaikan juri juri yang mengadili para selebriti yang berentap dalam Masterchef Selebriti musim ke 2 . Tindakan Zain itu disifatkan biadap dan kurang ajar oleh papa Joe, malahan penonton juga rata rata berpendapat  Zain tak patut bersikap begitu dengan orang lebih tua dan berpengalaman.

 

..apa apa pun kita nantikan nanti dalam MELETOP di astro, dihoskan oleh Nabil dan Neelofa, malam ni ada Judika penyanyi dari seberang dan juga Dira Abu Zahar.

update : Seperti yang dijangkakan, Zain telah meminta maaf kepada Chef Jo, dan Chef Jo juga memaafkan Zain. Zain juga mengakui semasa kejadian tu, dia berada dalam tertekan dan menurut emosi. Turut sama ada dalam rancangan tu ialah Chef Zubir dan Chef Adu.  Alhamdulillah mereka dah berdamai, tiada dendam apa apa. Melihat Chef Jo malam ni nampak tenang , senyum , cool dan humble je.

Tindakan yang betul oleh Zain Saidin, memandangkan dia selebriti dan juga masih jauh lagi perjalanan dalam kerjaya seni, jika mahu terus dihormati peminat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Zain Saidin dan Chef Jo Bertemu Dalam Meletop”

  1. akubiomed says:

    Tidak salah meminta maaf dan ia akan menamatkan cerita kontroversi.
    akubiomed recently posted..Filem Iron Man 3 sekuel terakhir

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold