Shila Amzah Teruja Nak Mengundi

Menurut Shila Amzah, rencana awal kepulangannya ke tanah air kali ini adalah untuk menyiapkan album berbahasa Melayu.

Bagaimanapun dia tidak menyangka bahawa masih berpeluang untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia pada Pilihanraya Umum 13, 5 Mei depan.

 

 

“Saya memang memperuntukkan cuti 2 minggu yang diberikan pihak pengurusan di Shanghai untuk menyelesaikan semua hal pembikinan album Melayu disini.

“Itu sahaja masa yang ada sebelum kembali sibuk.

“Tak sangka pula tarikh mengundi jatuh pada 5 Mei sebab pada mulanya rasa tak sempat kerana ada yang kata tarikh mengundi jatuh pada April.

“Memang saya teringin untuk mengundi dan saya sudah lebihkan masa di sini demi menunaikan tanggungjawab.

“Saya daftar tahun lepas di pejabat pos dan saya memang nak mengundi.

“Tetapi baru sahaja balik dua hari tak sempat lagi nak semak di mana lokasi saya akan membuang mengundi.

“Tempat dan lokasi mengundi tak sama dengan emak dan abah sebab mereka akan mengundi di kawasan rumah lama kami iaitu Setapak manakala saya akan mengundi di kawasan Cheras,”ujarnya yang teruja dapat menjalankan tugas sebagai rakyat Malaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Shila Amzah Teruja Nak Mengundi”

  1. Nora says:

    Rasanya bukan Shila Amzah je yg teruja nak mengundi… semua rakyat Malaysia juga! :-)
    Nora recently posted..Tak Pernah Percaya!

  2. akubiomed says:

    Tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia untuk mengunakan kuasa mengudi bagi sebuat negara yang mengamalkan Demokrasi.
    akubiomed recently posted..Taksiran cukai pendapatan saya sudah

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold