Rita Rudaini Diminta Bayar Gantirugi RM100,000

Rita Rudaini tidak berpuas hati dengan sebuah syarikat produksi baru yang didakwanya sebagai tidak profesional ketika melakukan penggambaran. Disebabkan itu Rita membuat keputusan berhenti serta merta daripada terus berlakon dengan produksi tersebut.

Pun begitu menurut Rita, dia sempat menjalani penggambaran selama empat hari daripada keseluruhan penggambaran yang mengambil masa sehingga Julai depan dalam drama 40 episod itu. Hal tersebut membuatkan syarikat itu mengeluarkan surat tuntutan ganti rugi terhadap Rita yang  menarik diri sebelum penggambaran tamat.
“Ada beberapa masalah di set yang saya tak boleh biarkan. Misalnya dari segi kostume yang tak sesuai dan beberapa perkara lain. Bukan saya saja yang perasan tentang perkara itu, malah pelakon lain yang terlibat juga merasakan perkara yang sama.
“Jadi saya sendiri pergi berjumpa dengan pihak produksi, berbincang dan menyatakan ketidakpuashatian saya terhadap cara mereka berkerja yang boleh dianggap tidak profesional. Mereka tak mahu berubah sebaliknya seolah-olah memberi kata dua kepada saya. Mereka provok saya sehingga saya buat keputusan untuk berhenti berlakon dengan mereka, pada 26 Februari lalu.
“Alih-alih, pada bulan ini (April) saya menerima surat yang bertarikh 25 Mac daripada produksi berkenaan. Mereka menuntut ganti-rugi yang mencecah hampir RM100,000. Sudah lah tu, mereka minta saya bayar secepat mungkin. Difahamkan tuntutan ganti rugi itu adalah kos bagi penggambaran semula (re-shoot) yang hendak dijalankan oleh mereka memandangkan saya dah tarik diri. Bagi saya, tuntutan mereka itu tidak masuk akal. Kerana tuntutan itu lebih daripada 40% wang pendahuluan. Dan saya memang nak pulangkan pun wang pendahuluan yang telah saya ambil dahulu”, kata Rita ketika ditemui di Pejabat Seniman bertempat di Taman Melawati, petang semalam.
sumber : Malaysian Digest
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold