Ramona Zam Zam Bawa Watak Psiko Dalam Cinta Jangan Pergi

Cinta dia ditolak dan dia semakin sakit jiwa….tu watak Shireen yang dilakonkan oleh Ramona Zam Zam dalam Cinta Jangan Pergi bersama Remy Ishak yang pegang watak Kalil, arahan Khabir Bhatia.   Tak kenal Ramona Zam zam? pelakon baru ni, kalau search di google , banyak gambar dan kisah kontroversi dari cerita kerjaya dia. Tetapi sejak dia berlakon drama Cinta Jangan Pergi ni mungkin orang dah semakin nampak dia.   Mengenai watak Shireen, dia jadi wanita sakit

jiwa sampai nak bunuh bunuh orang kerana dia nak kan cinta si Kalil ni. Kalil pulak sikit pun tak pandang  Shireen ni tetapi dia setia pada Lea Soraya (Tiz Zaqyah).

Sekarang Cinta Jangan Pergi di TV9 sudah  episod 3 ..menarik juga ceritanya, bagi penggemar drama cinta romantik mesti suka kisah cinta antara Kalil dan Lea Soraya. Semakin misteri kenapa Kalil tidak menghubungi Lea Soraya walaupun dia sudah kembali ke tanahair. Kalil rupanya terlibat dalam kemalangan, dan Lea trauma dan sedih. Kemudian muncul Hudd dalam hidup Lea , memberikan harapan. Apa jadi seterusnya..kena tunggu.. :)

Ramona mahu Remy Ishak tolak dia bersungguh sungguh

“Ketika babak Kalil tolak Shireen, saya minta Remy buat betul-betul. Biar ada impak dan saya dapat ‘feel’. Sedar-sedar sudah ada lebam besar di tangan. Saya tidak kisah asalkan babak itu menjadi,”

Ramona Zam Zam yang cantik… sampaikan Lisa Surihani pun puji yang Ramona ni cantik semasa pelakon Syazwan Zulkifli memuatnaik gambar di instagram. Gambar bawah ketika mereka berlakon sersama  dalam satu telemovie 3 cinta  novel di Astro dulu. Ramona  pernah masuk Dewi Remaja bersama Neelofa, Izara Aishah, Syatilla Melvin.

 

Ramona dan Syazwan ketika berlakon dalam drama 3 cinta 1 Novel

Remy Ishak dan Ramona Zam zam

Ramona komen pasal gambar kontroversi dia bersosial bersama kekasih

“Gambar-gambar itu sebenarnya diulang tayang di Internet sejak lima tahun lalu. Bila bergelar selebriti, orang mula korek cerita lama. Saya kesal bila benda ini berlaku. Mereka tidak kenal saya dan terus jatuhkan hukuman.

“Tak mengapalah, itulah namanya kehidupan. Apabila ia berlaku, saya jadi lebih tabah. Kini, saya tidak peduli lagi dengan pandangan orang. Syukur, biarpun ia sengaja dihangatkan semula, kerja saya tidak pernah putus. Saban hari semakin banyak tawaran hingga ada yang terpaksa ditolak,” katanya.

Ramona juga akui, seboleh mungkin bila berada dalam bidang ini, dia mahu bebas kontroversi. Dia tidak mahu dikenali kerana cerita-cerita kurang enak.

“Selama ini pun saya tidak akan biarkan kontroversi berlarutan. Andai salah, saya akan minta maaf dan jika saya berada di pihak yang benar, saya akan tegakkan kebenaran. Mungkin ada yang kurang senang dengan ketegasan saya tetapi itulah diri saya yang sebenarnya.

“Dari kecil saya memang ada sifat melawan dalam diri. Jangan salahkan saya kalau kesilapan itu bukan dari saya. Jika ia berlaku, saya pasti akan bersuara. Saya bukan jenis yang hipokrit, berdiam diri saja jika difitnah.

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Ramona Zam Zam Bawa Watak Psiko Dalam Cinta Jangan Pergi”

  1. Juan says:

    dah lama x tgk tv, so x kenal la org baru baru nih
    Juan recently posted..LoanStreet – Malaysia Home Loan Comparison Tool

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold