Nelydia Senrose dan Qi Razali Bicara Soal Kahwin

Qi Razali dan Nelydia Senrose tidak pernah menyorok mengenai hubungan mereka. Kedua mereka mengaku sedang melalui proses mengenali hati budi masing masing. Hubungan teman tapi mesra  mereka sudah masuk 5 bulan. Nelydia 19 manakala Qi 35 , tidak menjadikan usia sebagai jarak dalam hubungan mereka. Qi berkata Nelydia jauh matang dari usia remajanya.

Qi belum pernah luahkan perasaan cinta kepada Nelydia tetapi akui dia selesa berkawan rapat dengan pelakon Setia Hujung Nyawa itu.

Nelydia pula menerima takdir jika jodoh datang awal. Baginya, kahwin awal sebagai mengajar erti kehidupan.

“Saya tak pernah terfikir nak kahwin awal atau lambat. Kalau sudah jodoh kahwin pada usia muda, saya terima. Malah saya lebih terbuka untuk berkahwin pada usia yang masih muda kerana saya percaya perkahwinan dapat mengajar erti hidup. Tapi buat masa ini, saya belum 100 peratus bersedia,”

Komen Nelydia mengenai Qi

“Qi bukan seorang yang berfikiran sempit. Dia mempunyai pemikiran yang jauh tentang masa depan. Saya selesa dengan sifatnya yang matang dan dia sentiasa memberi nasihat.

Qi dan Nelydia saling memujuk

 ”kami berdua sensitif. Bila salah seorang merajuk, kami tahu bagaimana nak pujuk,” kata Qi RAzali.

Qi pula sudah bersedia untuk kahwin memandangkan usianya sudah 35 tetapi dia perlu berlaku adil pada Nelydia yang masih muda.

“Saya dah berusia 35 tahun. Sudah pasti saya ingin menamatkan zaman bujang secepatnya. Tapi saya harus berlaku adil pada Nelydia yang masih muda. Tapi jika ditakdirkan jodoh tiba dalam masa terdekat ini, insyaAllah saya terima,”

Nelydia terguris dikatakan perampas

“Peminat masih belum boleh terima bahawa Qi dan Yuna sudah berpisah. Saya akui terguris apabila orang kecam saya begitu. Tapi ini lumrah dalam industri, saya harus hadapinya,”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold