Datuk Yusof Haslam Tak Mahu Komen Hubungan Syamsul dan Puteri Sarah

Pelakon Ammar Alfian dalam satu kenyataan kepada media mendedahkan hubungan cinta bekas kekasihnya,Puteri Sarah Liyana dengan pengarah muda Syamsul Yusof. Ammar juga   ada meminta sesiapa yang ragu-ragu bertanyakan sendiri kepada Datuk Yusof Haslam.

Pengarah dan penerbit tersohor itu menerusi laporan Utusan Malaysia hari ini bagaimana pun menolak untuk mengulas lebih lanjut tentang status hubungan cinta anak lelakinya, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana seperti di dakwa.
 
“Sama ada saya tahu atau tidak saya tidak mahu komen. Syamsul kini berada di Bangkok, Thailand untuk urusan filem arahannya, jadi saya minta dia tumpukan perhatian untuk menyiapkan filem itu dahulu”
Datuk Yusof Haslam berkata yang Syamsul Yusof mempunyai hak untuk membuat pilihan hidup tetapi apa yang lebih penting ketika ini adalah pengarah muda itu menyiapkan kerja (filem) terlebih dahulu.
sumber : Utusan malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold