Adegan Ranjang Sembunyi: Amukan Azazil Cetuskan Kemarahan Orang Ramai

Adegan ranjang antara Remy Ishak dan Diana Danielle yang dipotong di dalam filem Sembunyi: Amukan Azazil telah dimuatnaik oleh pihak produksi filem tersebut di laman  you tube. Tidak tahu apa tujuan pihak produksi berkenaan mahu menunjukkan dan mempamerkan adegan babak panas antara Remy Ishak dan Diana Danielle di dalam filem itu.

Remy memegang watak Kamal dan Diana Danielle sebagai Aishah dalam filem Amukan Azazil itu, babak berkenaan ialah malam pertama bagi Aishah dan Kamal.

Walaupun sudah dipotong dan tidak dibenarkan ditayangkan di dalam filem tetapi pihak terbabit mahu jugak memuat naik di laman you tube. Adakah ini salah satu strategi mahu menarik penonton ke pawagam menonton filem Amukan Azazil itu? Jika benar ia memang satu cara promosi murahan filem tempatan yang memalukan.

Video babak panas itu yang berdurasi 1.08 minit dimuatnaik pada 29 Mac dan filem pula ditayang pada 28 mac 2013. Ramai yang memberikan komen negatif dan jelas sekali video ini menimbulkan kekesalan dan kemarahan orang ramai. Mereka juga tidak faham apa motif babak panas yang melampau itu perlu dipertontonkan lagi.

Diharapkan pihak produksi filem itu peka dan  hentikan penayangan video itu di you tube. Banyak lagi video yang lebih baik dan berfaedah yang boleh dikongsikan, jangan hanya melihat keutungan semata mata. Penonton sudah bijak mereka tidak mudah disogok dengan adegan ranjang yang seperti adegan seks mat salleh untuk pergi ke pawagam.  Filem Songlap dan Bunohan tak perlu adegan seks tetapi boleh menang banyak anugerah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Adegan Ranjang Sembunyi: Amukan Azazil Cetuskan Kemarahan Orang Ramai”

  1. Ahmad Zaki says:

    Assalamualaikum….

    Dalam kehidupan realiti, perbuatan seperti itu “halal” untuk suami isteri yang sah… tetapi ia “haram” untuk yang berlagak laksana pasangan yang diijab-qabulkan…. dalam filem masih ramai yang buat tak kisah.., malah ada ketikanya babak sedemikian di “Halam” kan… (Halal + haram) oleh penerbit,pengarah mahupun pihak yang berwajib.

    Bukan setakat babak “panas” malam pertama… lelaki perempuan yang berpegang tangan tangan, berpeluk bukan “mahram” (atau biasa disebut muhrim) juga sangat salah dan haram mengikut Islam. Walaupun dikatakan mengikut skrip, tahankah para pelakon berkenaan dengan siksaan dari Allah SWT nanti…?

    Tetapi pihak badan penyiaran atau syarikat televisyen yang ketuanya orang Melayu (yang diyakini beragama Islam), menghalalkannya juga. Buat nama saja drama atau filem berkonsep Islam tetapi hakikat di dalamnya penuh maksiat dan perkara lagha….
    Ahmad Zaki recently posted..Kasih sayang dalam dunia haiwan

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold