(Video) Peguam Cipta Lagu Tidurlah Untuk Wira Negara Yang Terkorban di Lahad Datu

Peguam bernama Josephine Hadikusumo telah meluahkan rasa sedih dan terharu dengan apa yang berlaku di Lahad Datu, beliau berkongsi kesedihan dengan semua rakyat Malaysia dengan mencipta sebuah lagu bertajuk Tidurlah dan dimuatkan di you tube. Lagu Tidurlah khas didedikasi buat perwira negara yang terkorban kerana mempertahankan kedaulatan negara dari penceroboh yang kejam.

Beliau bukan pencipta lagu profesional tetapi rakyat biasa yang sayang dan  cintakan negara. Josephine menghabiskan masa berjam jam di hadapan laptop dan  piano untuk mencipta lagu Tidurlah.

Josephine memegang dua ijazah iaitu Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Melbourne dan Sarjana Undang-Undang, dari Bond University. Pernah menjadi  pensyarah dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) selama tiga tahun (2005-2008).

Video Tidurlah lagu ciptaan Josephine Hadikusumo

Lirik lagu Tidurlah

Tidurlah
Perajurit Muda
Lepaskan bebanmu dalam buaian indah
Tidurlah
Lelapkanlah mata
Musim luruh kan berlalu
malammu menjadi cahaya
Mengapa kamu pergi dulu?
Mengapa kamu rebah sebelum waktu?
Bunga-bunga kan ku kalungimu
Bersama seribu kasih
Jasamu padaku disanjungi
Air mata ku kirim bersama
Doa bagimu, perwira
Usah lagi duka
Usah lagi duka
Tidurlah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “(Video) Peguam Cipta Lagu Tidurlah Untuk Wira Negara Yang Terkorban di Lahad Datu”

  1. Emellda says:

    Thk for the lovely songs.. we all with u pdrm n atm..

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold