Tiz Zaqyah Tak Mahu Sorok Cerita Pasal Kekasih Barunya

Tiz Zaqyah yang putus cinta dengan Remy Ishak kini sudah ada pengganti, Daniel Haziq jejaka yang kini selalu menemani Tiz dan gambar intim mereka selalu dimuatnaik oleh Tiz di instagramnya. Tiz sudah tidak menyorok lagi dengan siapa dia berkasih berbanding semasa dia bersama Remy Ishak dulu. Dia terbuka bercerita mengenai hubungan dengan kekasih barunya.

Kata Tiz perkara lepas telah membuatkan dia lebih matang,  berada dalam industri membuatkan dirinya memahami situasi berkongsi hal peribadi dengan peminat adalah lebih baik daripada berselindung.

Gambar Tiz Zaqyah dan Daniel Haziq

Tiz menafikan tuduhan yang mengatakan dia sengaja mahu balas dendam dengan Remy Ishak.

“Lebih baik kita hormat antara satu sama lain. Setelah berada lama dalam industri seni, saya lebih matang dan tahu perkara peribadi juga harus dikongsikan kepada peminat. Tetapi tidaklah berkongsi perkara yang terlalu peribadi.”

Kalau kita sorok mengenai perkara ini (percintaan bersama Daniel), lambat laun orang tetap tahu. Lebih baik saya kongsikan kepada peminat. Lagipun, saya lebih selesa berkongsi daripada menyorokkannya.

Bercerita tentang kekasihnya Daniel Haziq, dia dan Daniel sudah 3 bulan bercinta, mereka ialah rakan satu sekolah dulu. Mereka semakin rapat  selepas bertemu di reunion sekolah.
Apa yang buat Tiz tertarik dengan Daniel ialah sifat penyabar dan lemah lembut lelaki itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Tiz Zaqyah Tak Mahu Sorok Cerita Pasal Kekasih Barunya”

  1. akubiomed says:

    Biarlah sampai ke jinjang pelamin.
    akubiomed recently posted..Moroccan Pavillion @ Astaka Morocco aku datang

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold