Sultan Pahang Menangis: Malaysia Tak Akan Ditakluk

Sultan Pahang menggesa semua rakyat Malaysia berhenti membuat andaian dan komen yang tidak membina atas kejadian yang berlaku di Lahad Datu. Baginda meluahkan perasaan sedih  dan berharap semua pihak menyokong usaha kerajaan dan pihak pasukan keselamatan untuk mempertahankan negara dari pengganas. Baginda bertitah di  Majlis Perasmian Taman Pengasih Sultan Haji Ahmad Shah (TPSHAH), Indera Mahkota, di sini, semalam.

“Jangan hanya duduk di kedai kopi dan cakap yang bukan-bukan… ini adalah masa memikirkan soal keselamatan. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, adakah kita tidak sedih melihat lapan perwira kita terkorban dalam kejadian itu?

Rakyat Malaysia perlu berdiri teguh di belakang kerajaan dan menyokong tindakan dilakukan dalam usaha memastikan keamanan dan kedaulatan negara terpelihara, titah baginda lagi.

“Tindakan ini adalah perlu dan bertepatan berikutan mereka (penceroboh) bertindak ganas sehingga menyebabkan lapan anggota keselamatan kita terkorban,”

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Sultan Pahang Menangis: Malaysia Tak Akan Ditakluk”

  1. eiela says:

    tak tau nak kata apa. yg penting skrg semua kena bersatu padu dan tak bleh memandai buat andaian sendiri.
    eiela recently posted..Contest Glass Cat & Gift Cahayacinta.Com

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold