Sinopsis Kisah Cinta (Lestary TV3) Fazura dan Shaheizy Sam

Drama bertajuk Kisah Cinta akan mengisi slot Lestary di Tv3 pada april ini. Drama Kisah Cinta dilakonkan oleh Nur Fazura, Shaheizy Sam, Nazim Othman, Ungku Ismail, Arash Mohd, Fazlina Ahmad Daud dan ramai lagi. Lama tak lihat lakonan Fazura di kaca tv, kali ni dia berlakon bersama Shaheizy Sam pulak.

Kisah Cinta diterbitkan oleh kakak Sam, iaitu Zizie Ezette, di bawah syarikatnya BZ2121. Pengarah drama ni ialah Bahri Umararif Bajuri.

Watak dalam drama

Nur Fazura sebagai Azalea

Sam sbg Shah

Nazim othman sbg Azahari

Sinopsis Kisah Cinta

Kisah Cinta bermula apabila Azalea (Fazura) anak pemilik hotel terkenal, secara tak sengaja bertemu dengan Shah( Sam) dalam satu kemalangan yang membabitkan kereta antara ibu Shah dan bapa Azalea.

Bermula dari detik itu, perhubungan mereka manjadi rapat dan timbul rasa cinta, tetapi persoalan yang timbul ialah mengenai hubungan ibu Shah dan juga bapa Azalea yang seperti ada sesuatu yang disembunyikan. Ada konflik dan pertelingkahan antara kedua orang tua mereka hingga menyebabkan hubungan mereka dilanda masalah.

Nak tau apa akan terjadi dengan kisah cinta Shah dan Azalea, tunggu april ini di tv3.

Gambar Sam dan Fazura semasa pengambaran

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Sinopsis Kisah Cinta (Lestary TV3) Fazura dan Shaheizy Sam”

  1. Norizwan says:

    lama betul fazura tak berlakon huhu….terbaik ni….
    Norizwan recently posted..Permulaan 2013

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold