Sinopsis Kampung Girl ( Nad Zainal + Akim Af)

Kampung Girl sebuah drama dari adaptasi novel bertajuk Kampung Girl karya Umi Kalsom. Kampung Girl  dijayakan oleh pelakon kecik molek Nad Zainal (heroin) dan Akim sebagai heronya. Tema kahwin paksa juga, tema yang menjadi trend masa kini..dulu trend cinta koporat. Kampung Girl akan mengisi slot Lestary di Tv3.

Nad Zainal akan jadi kampung girl bernama Ainnur Azmi dan Akim pegang watak Ashraf Khairi kena paksa kahwin dengan Ain. Kalau dah baca novel ni mesti tau jalan ceritanya kan..ada marah sayang, komedi..dan happy ending. Tu peminat nak sangat.

Sinopsis Kampung Girl

PERKAHWINAN diaturkan oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka!
Lebih memeningkan kepala, apabila dia mengetahui nama calon yang disebutkan oleh mummynya, Puan Mazlin.
Ainnur! Si budak kampung itu?! Tidak mungkin.

“Orang tak nak kahwin dengan budak kampung tu… mummy jangan paksa Ash!” – Ashraf Khairi.

“Ain akan kahwin dengan abang Ash!” – Ainnur.

Dan jawapan itu cukup untuk membuatkan Ashraf kehilangan kata.

Bergaduh mulut? Itu merupakan perkara biasa bagi Ashraf jika Ainnur ada di depan mata. Pasti ada sahaja perkara yang hendak diperbalahkan.

“Dekat kampung kau tu dah pupus populasi lelaki ke sampai kau kena ke bandar nak cari calon suami?” -
Ashraf Khairi.

Dan nada yang sinis itu cukup untuk membuatkan Ainnur naik darah.

Benarlah kata orang, kerana pulut santan binasa… kerana mulut? Jerat terkena diri pemangsa.
Rancangan untuk menolak diri Ainnur merupakan titik tolak yang ‘menjahanamkan’ diri Ashraf.

“Ash nak ajak dia beli cincin tunang.” – Ashraf Khairi.

Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Pertunangan yang diaturkan merupakan titik yang mengikat diri Ashraf dan Ainnur.
Tapi siapa sangka, tarikh pernikahan yang semakin hampir mencemaskan Ainnur dek kerana ada ‘rahsia’ yang disimpan kemas daripada pengetahuan Ashraf. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah keadaan Ainnur di saat terpaksa menghadapi kemarahan Ashraf yang sememangnya sentiasa suka memarahi dirinya.

“And what have you been thinking, doing such thing to me? Nak bagi aku nampak macam orang bodoh…” – Ashraf Khairi.

Kelu lidah Ainnur tidak mampu hendak menjawab. Terkantoi Ainnur dengan helahnya.
Kesudahannya… Adakah Ashraf makin membenci? Adakah Ainnur menjauhkan diri?
Tidak akan bertemukah dua hati ini? Akan wujudkah satu saat itu, di mana lelaki bandar ini jatuh hati dengan kampung girl yang dibenci?

Gambar Nad Zainal dan Akim AF masa shooting Kampung Girl

 

Akim dan Emma Maembong

 

Review pembaca

“Dalam banyak-banyak perempuan dalam Malaysia ni, kenapa budak kampung itu juga yang jadi pilihan hati mummy?”

Aku taktau la betapa hensem si Ashraf Khairi tu sampai Ainnur sanggup memekakkan telinga menampan kata-kata pedas dan menyakitkan hati dari Ashraf. Ashraf memandang rendah pada Ainnur yang dianggap budak kampung yang kolot dan bodoh. Walau sehebat mana Ainnur, dia tetap dianggap kampung girl yang tak layak untuk jejaka bandar seperti dia walaupun diorang adalah sepupu. Ashraf sangat allergic dengan Kampung Girl dan dia adalah masalah besar untuk berkongsi bilik dan barang2 dengan orang, ini kan pula dgn kampung girl.

Puan Mazlin memang berkenan sangat dengan Ainnur yang cantik dan pandai memasak. Dia nekad mahu mengambil Ainnur sebagai menantu kerana Ainnur memang awal-awal lagi dah setuju, cuma Ashraf saja banyak mengelak. Dia tak mahu menjadi suami kepada gadis kolot walaupun sekarang ni Ainnur sudah sangat cantik dan menarik.

Hanya pada hari pernikahan barulah Ashraf tahu bahawa Ainnur yang dicaci maki selama ini adalah lulusan luar negara yang sekarang bergelar guru Bahasa Inggeris di utara tanah air. Ashraf pula rasa diperbodohkan dan kebenciannya kepada Ainnur makin bertambah. Takkan dia nak merobohkan egonya di depan Ainnur?

Kalau citer kawin paksa yang lain, si heroin sibuk mencari port yg jauh dari suami bukan pilihan untuk tidur, tapi citer ni Ashraf plak yang lemas sebab mana dia pegi, Ainnur nak menempel kat dia. Ainnur tak nak give up untuk memikat hati suaminya. Ainnur plak yang selalu dpt warning jangan langgar sempadan.

Ketika ego Ashraf mula cair, Ainnur pulak dah buat keputusan untuk merajuk dan membawa diri. Terpaksala Ashraf pegi cari tapi pujukannya tak berjaya. Terpaksalah dia menjadikan Abah Azmi (bapa Ainnur yg garang) sebagai senjata untuk memastikan Ainnur mengikut kata :)

Kisah kawin paksa yang tipikal oleh penulis yang berbeza. Bagi peminat kisah-kisah begini mungkin takkan jemu-jemu menghayati kisah yang disulam cinta dan komedi manis ini :)

Perkahwinan yang diatur oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila mengetahui siapa calon yang disebut oleh mummynya, Pn Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu? Tidak mungkin.
“Orang tak nak kawin dengan budak kampung tu… mummy jangan paksa Ash!” – Ashraf Khairi.

“Ain akan kahwin dgn abang Ash!” – Ainnur

Dan jawapan itu cukup untuk membuatkan Ashraf kehilangan kata.

Bergaduh mulut? Itu merupakan perkara biasa bagi Ashraf jika Ainnur ada di depan mata. Pasti ada sahaja perkara yang hendak diperbalahkan.

“Dekat kampung kau tu dah pupus populasi lelaki ke sampai kau ke bandar nak cari calon suami?” – Ashraf Khairi

Dan nada yang sinis itu cukup utk membuatkan Ainnur naik darah.

Benarlah kata orang, kerana pulut santan binasa… kerana mulut? Jerat terkena diri pemangsa. Rancangan untuk menolak diri Ainnur merupakan titik tolak yg ‘menjahanamkan’ diri Ashraf.

“Ash nak ajak dia beli cincin tunang.” – Ashraf Khairi

Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Pertunangan yang diaturkan itu merupakan titik yang mengikat diri Ashraf dan Ainnur. Tapi siapa sangka, tarikh pernikahan yg semakin hampir mencemasan Ainnur dek kerana ada ‘rahsia’ yg disimpan kemas dpd pengetahuan Ashraf. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tahan jua. Itulah keadaan Ainnur di saat terpaksa menghadapi kemarahan Ashraf yang sememangnya sentiasa suka memarahi dirinya.

“And what have u been thinking, doing such thing to me? Nak bagi aku nampak mcm orang bodoh?” – Ashraf Khairi

Kelu lidah Ainnur tidak mampu hendak menjawab. Terkantoi Ainnur dgn helahnya.
Kesudahannya… Ashraf makin membenci? Ainnur menjauhkan diri? Tidak akan bertemukah dua hati ini? Akan wujudkah satu saat itu, di mana lelaki bandar ini jatuh hati dengan kampung girl yang dibenci?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold