Sinopsis Cinta Jangan Pergi (CJP Lakonan Remy, Tiz Zaqyah dan Nadiya Nisaa)

Drama terbaru yang dikatakan bakal mendapat sambutan hebat Cinta Jangan Pergi akan menemui anda pada 6 April di Tv9. Cinta Jangan Pergi dibintangi oleh Remy Ishak, Tiz Zqayah dan Nadiya Nisaa, disamping pelakon lain seprti Josiah Hogan, Ramona Zamzam serta Kartina Ayob.

Watak watak dalam Cinta Jangan Pergi /CJP

Remy Ishak sbg Kalil

Tiz sbg Lea Soraya

Nadiya Nisa  sbg El /Elina

Sinopsis Cinta Jangan Pergi

Kisah ini berkisar mengenai perjanjian manis dua kekasih sehidup semati namun siapa sangka dalam sekelip mata, takdir bakal merubah segalanya. Lea Soraya dan Kalil, dua insan yang tidak pernah bertemu mula menjalinkan cinta sejak bertembung dalam perjaanan ke Paris. Takdir bagaikan sengaja terus menemukan mereka apabila sekali lagi mereka ke destinasi dan mempunyai tujuan yang sama untuk menjelajah ke seluruh Eropah seorang diri.

Tetapi Lea akhirnya membenarkan Kalil menjelajah bersama-samanya dan sejak itulah bibit-bibit cinta mula terbit di hati dan mereka mula mengikat janji. Namun siapa sangka, dalam sekelip mata segala yang dirancang berubah tanpa diduga. Dua hati yang bersumpah setia terpisah apabila satu insiden tidak diingini menimpa Kalil. Apakah kesudahan janji cinta di antara Lea Soraya dan Kalil?

 Cinta Jangan Pergi , arahan Kabir Bhatia bakal menemui penonton pada setiap Sabtu dan Ahad, jam 8.30 malam bermula 6 April 2013.

 

Apa lagi yang menarik di sebalik Cinta Jangan Pergi

Nadiya Nisaa memegang watak happy go lucky dalam drama ini menafikan dia bukan nak overshadow pelakon utama

Tiz dan Remy bekas kekasih tetapi mereka profesional, walaupun Tiz agak kekok melakonkan babak romantis dengan Remy

Drama ini dikatakan menelan belanja yang mahal tetapi tidak dinyatakan berapa kosnya

CJP menjalani pengambaran di London, Paris dan Malaysia

Tiz potong rambut pendek untuk CJP (gambar)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold