Shila Amzah Jadi Anak Angkat Kepada Mahaguru Silat

Perkembangan terbaru mengenai Shila Amzah, selain dapat membuat persembahan di New York, Shila kini menjadi anak angkat kepada pengasas Pertubuhan Seni Silat Lincah, Mahaguru Master Tan Sri Wira Haji Omardin Mauju. Berita itu disahkan oleh bapanya Nd Lala.

Bapa Shila sangat berbesar hati apabila guru silat itu mengambil anaknya sebagai anak angkat.

“Kami berbesar hati apabila mahaguru menyatakan hasratnya. Saya difahamkan beliau mula berminat menjadikan Shila anak angkatnya semenjak melihat video Shila sewaktu di pertandingan akhir Asian Wave lalu.  Dia bangga dengan pencapaian dan bakat yang ada pada Shila.

“Pengambilan Shila sebagai anak angkat kepada tokoh yang cukup dihormati ini juga sebagai penyuntik semangat dan moral yang tinggi pada anak saya ini”,

Shila bersama keluarganya bakal berangkat ke tanah suci bagi menunaikan ibadah umrah selama dua minggu. Sekembalinya dari Mekah, Shila akan membuat persiapan utuk menetap di Shanghai menjelang April nanti.

sumber : Malaysian Digest

Tak lama lagi Shila bolehlah belajar silat pulak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Shila Amzah Jadi Anak Angkat Kepada Mahaguru Silat”

  1. Amira Adrianna says:

    Bolehlah lipat mereka yg panas baran lepas nie!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold