Rozita Che Wan Teringin Anak Kacukan Dengan Zain

Pelakon Kiah Pekasam Rozita Che Wan, 42 belum merancang untuk persiapan perkahwinannya dengan Zain, 29. Che Ta tidak mahu bertunang kerana sudah lama mengenali Zain sebelum ini, bertunang adalah proses mengenali pasangannya sebelum bernikah, kata Che Ta.

“Bagi saya, bertunang adalah satu tempoh atau proses untuk mengenali pasangan kita dengan lebih dekat. Kami dah kenal lama, jadi saya rasa kami tak perlu bertunang. Saya juga tidak kisah jika majlis kami tidak dibuat secara besar-besaran, asalkan ia berlangsung dengan penuh meriah.

Bagi saya, majlis perkahwinan tak penting namun kehidupan selepas berkahwin itu lagi penting. Walau bagaimanapun, saya bakal berkahwin dengan lelaki bujang dan ini merupakan perkahwinan pertama buat Zain. Jadi, mungkin kami akan adakan sebuah majlis yang istimewa untuk dijadikan memori indah buat kami berdua,”

Selain itu Che Ta juga teringin nak ada zuriat dengan Zain selepas mereka berkahwin nanti, Che Ta telah mempunyai dua orang anak lelaki daripada perkahwinan yang pertamanya dulu.

“Jika kami berkahwin nanti, sekurang-kurangnya saya mahukan seorang lagi anak bersama Zain, al-maklumlah siapa tak nak anak kacukan,” kata Che Ta sambil ketawa kecil

sumber : Gua.com.my

Mesti comel kalau Che Ta dapat anak kacukan dengan Zain tu kan hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold