Rita Rudaini Tak Suka Tengok Hero Jambu

Rita Rudaini ditanya mengenai pelakon lelaki utama atau hero yang sekarang kebanyakan yang muncul di kaca tv ialah lelaki bermuka lembut dan berkulit putih, kata Rita dia lebih gemarkan hero berwajah maskulin dan berkulit sawo matang berbanding hero kulit putih dan berwajah jambu.

 

 

“Bagi Rita, hero sekarang bukannya lembut tetapi mereka semua memiliki wajah yang jambu. Mungkin sebab itulah mereka semua disifatkan lelaki lembut.

“Terus-terang, Rita lebih suka bergandingan dan menonton cerita yang dilakonkan pelakon lelaki yang berwajah Melayu. Rita suka tengok hero yang wajah Melayu dan memiliki aura jantan.

“Tidak kisahlah pelakon itu kacak atau pun tidak. Malah, Rita juga gemar aktor yang berkulit sawo matang. Kalau kulit putih sangat nanti nampak jambu,”

“Kalau saya tengok drama atau filem, saya tidak suka tengok hero jambu. Biarlah hero itu hitam manis tetapi maskulin. Rita lebih suka tengok hero seperti Rosyam Nor dan Remy Ishak,” ujarnya.

Menyentuh tentang kes yang melibatkan dirinya dan pelakon Lisdawati, ibu kepada dua orang anak ini kalau boleh tidak mahu mengungkit kisah yang lama.

“Rita tidak kisah berlakon dengan dia. Rita juga tidak suka buat hal. Rita tidak mahu kisah lama diungkit lagi. Benda yang lama janganlah disebut lagi. Rita tidak selesa. Perkara itu sudah pun selesai. Rita pun tidak ada masalah pergi shooting dengan dia,”

p/s : Sehangat Asmara dan masuk episod 25 ye..maskulin hero Rita dalam drama tu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Rita Rudaini Tak Suka Tengok Hero Jambu”

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold