Remy Ishak Dapat Berita Tergempar Adiknya Juga Dihantar ke Lahad Datu

Pelakon Remy Ishak menulis di twitternya yang dia rasa sebak dan sedih dapat bercakap dengan adiknya yang bertugas sebagai askar dari Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Seremban. Remy baru mendapat berita tergempar dari ibunya yang adik lelakinya yang bertugas di kem itu dihantar ke Lahad Datu untuk mempertahankan negara.

ATM sebagai barisan kedua diarahkan bersiap sedia bagi menghadapi segala kemungkinan di sana.

Remy berasa sedih apabila adiknya, Mohammad Fairul Azmi tak henti henti mengucapkan terima kasih kepadanya semasa mereka bercakap di talian.

Kata Remy lagi dia mohon semua orang mendoakan keselamatan semua anggota pasukan keselamatan yang berada di sana termasuk adiknya.

Ya sama sama kita doakanĀ  dan memohon agar semua anggota polis dan tentera yang berada di sana selamat.

Tadi pun ada terbaca yang pihak Jakim menyarankan semua surau dan masjid mengadakan solat hajat bagi memohon agar pencerobohan di Lahad Datu berakhir dengan baikĀ  dan mohon agar negara kita sentiasa aman dan bebas dari ancaman musuh.

 

Berita terkini:

ATM Hantar 7 Batalion ke Sabah bagi hadapi penceroboh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold