Remy Ishak Akui Sakit Pakai Silikon

Jangan salah faham pelakon Remy Ishak tak buat pembedahan pakai silikon ke apa..Remy cuma pakai silikon dan make up khas untuk filem seram yang diarahkan oleh Khabir Bhatiar, filem yang bertajuk Sembunyi : Amukan Azazil. Filem itu menelan belanja Rm1.8 juta,  akan ditayangkan pada 28 Mac ini di pawagam. Remy bersama pelakon lain seperti Diana Danielle, Sharnaaz Ahmad, Umie Aida, Emelda Rusmila, Sara Ali dan ramai lagi.

Remy kata dia sangat terseksa dan perit kerana perlu mengenakan make up dan topeng khas untuk wataknya dalam filem seram itu..

“Dari segi geografinya yang mana kami menjalani penggambaran dalam hutan, itu satu lagi yang mencabar bagi saya. Ada babak yang memerlukan saya berlari dalam hutan dan babak berlawan. Tambah-tambah dalam bulan Ramadhan.

“Tapi dengan bantuan pengarah serta kru yang sangat hebat, kami para pelakon dapat melalui penggambaran dengan lancar. Ini juga merupakan filem seram pertama saya. Saya seronok dan rasa bertuah dapat berkerjasama lagi dengan Khabir.

“Dalam filem ni saya pengang watak Kamal, seorang yang ‘pelik’.

 

Ada juga beberapa babak intim dia dan Dian Danielle terpaksa dipotong.

Sinopsis filem

Amukan Azazil mengisahkan tentang Aishah (Diana Danielle), seorang wanita muda yang hidup semasa zaman pendudukan Jepun di Tanah Malayu, telah bangun di sebuah kampung yang tenang setelah tidak sedarkan diri ketika melarikan diri daripada cengkaman tentera Jepun. Di situlah bermulanya kehidupan baru beliau dan tidak lama setelah menetap disitu, ia telah menjadi semakin jelas bahawa kampung tersebut ada menyembunyikan sesuatu yang misteri.

Aishah mula dihantui oleh kehadiran seorang gadis muda yang cacat yang tidak ada orang lain melainkan beliau yang boleh melihatnya. Beliau juga mendapati bahawa ada makhluk yang berlegar-legar di dalam hutan di sekitar kampung yang menjadikan para penduduk sebagai mangsa pembunuhan. Makhluk itu adalah Azazil.

Video

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold