Raja Azmi Sudah Putus Cinta Dengan Pemuzik Muda

Raja Azmi, 53 mengakui dia sudah putus cinta dengan pemuzik muda berumur 27 tahun sejak sebulan lalu. Raja Azmi sudah tidak lagi mengunjungi pusat hiburan tempat lelaki muda itu bekerja. Petikan dari akhbar Utusan, Raja Azmi menyifatkan cinta dia dengan lelaki muda itu bagai hujan lalu atau cinta monyet.

Walau pun dah putus cinta, Raja Azmi tak serik bercinta dan katanya kalau nak cari pengganti nanti dia akan cari yang sebaya umur dengannya pula.

“Kami sudah berpisah sejak sebulan lalu. Kami berpisah secara baik dan saya juga tidak lagi mengunjungi pusat hiburan di mana dia (Hafiz) bekerja.

“Saya anggap percintaan tersebut sebagai ‘hujan lalu’, mungkin terlalu terkejut dari perceraian, saya mengambil langkah pantas untuk mencari pengganti. Namun akhirnya saya tahu hubungan ini tidak akan ke mana-mana,”

 

“Saya tidak akan serik untuk mencari cinta, saya seorang wanita yang ingin dimanja, kerana selama 28 tahun berumah tangga saya sudah biasa begitu.

“Bagaimanapun, mungkin kali ini kriteria lelaki pilihan itu sedikit berbeza, lebih matang atau sama umur dengan saya,”

 

P/s : suka raja lawak dari raja kontroversi :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold