PM Umum: Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Pada 1 Julai 2013

Berita baik buat kakitangan awam, Perdana Menteri mengumumkan satu kenaikan gaji tahunan (KGT) yang diawalkan pada 1 Julai 2013. Kenaikan gred gaji itu dilakukan melalui Sistem Saraan Transformatif (STI). Penyelarasan gred gaji tersebut mencakupi skop fungsi tugas, struktur pangkat dan juga kelayakan bagi skim perkhidmatan ATM dan PDRM.  Petikan dari Berita Harian,

Kerajaan hari ini bersetuju untuk memberi semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu kenaikan gaji tahunan (KGT) yang diawalkan pada 1 Julai 2013.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata ini bermakna setiap penjawat awam akan mendapat kenaikan antara RM80 hingga RM320.

“Langkah itu akan membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion,” katanya pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-13 bertemakan ‘Transformasi Perkhidmatan Awam, Merealisasikan Wawasan 2020′, di sini.

Semua inisiatif yang diumumkan merupakan sebahagian daripada sistem saraan baru yang akan dikenali sebagai Sistem Saraan Transformatif (STI)

Petikan dari laman 1 malaysia pula,

PM  berkata, 176,066 pegawai kumpulan sokongan dalam perkhidmatan Persekutuan yang berkhidmat lebih 15 tahun akan dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat secara KUP, manakala 20,637 lagi penjawat awam terbabit dalam pelaksanaan dua skim baru dan lapan skim yang akan dinaik taraf.

“Keputusan kerajaan ini akan membabitkan kos sebanyak RM170.4 juta,” katanya pada majlis anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta menteri Kabinet dan Presiden Cuepacs, Omar Osman.

Sementara itu, surat edaran Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam menjelaskan, kenaikan pangkat secara KUP itu turut diperluaskan kepada kakitangan Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun Persekutuan dan Negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan.

“Bagaimanapun, keputusan ini tidak menjejaskan urusan kenaikan pangkat bagi mengisi kekosongan hakiki yang telah ditetapkan dalam skim perkhidmatan,” katanya.

Ismail berkata, kenaikan pangkat bagi kumpulan berkenaan juga mempunyai lima syarat lain termasuk memperoleh markah 80 peratus ke atas bagi Laporan Penilaian Prestasi Tahunan tiga tahun terkini serta lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).

Bagaimanapun, kenaikan pangkat itu tidak membabitkan pegawai dalam Skim Lepasan Diploma yang mempunyai kaedah kenaikan pangkat lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “PM Umum: Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Pada 1 Julai 2013”

  1. Juan says:

    best kerja kerajaan sekarang nih
    Juan recently posted..Skim Cepat Kaya – Antara Pengalaman dan Pengajaran

  2. Adam Rayyan says:

    hye auntie nuriz! waaaa dah advance skan blog ek… sakan!!! hehehe

  3. Norizwan says:

    Alhamdulillah…
    Norizwan recently posted..Contest kaca mata PapaMifz.com

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold