Peserta American Idol Akan Nyanyikan Lagu Yuna – Shine Your Way

Yuna merupakan penyanyi untuk lagu tema filem animasi The Croods terbitan Dreamworks yang berjudul Shine Your Way. Malam ini juga peserta finalis Top 10 American Idol akan menyanyikan lagu itu (boleh tengok di Star World Astro saluran 711). Yuna diberikan kepercayaan untuk menyanyikan lagu itu dengan Owl City yang diciptakan oleh

Adam Young daro kumpulan Owl City, Alan Silvestri dan Glen Ballard, yang terkenal dengan hasil ciptaan lagu-lagu untuk bintang seperti Michael Jackson, Alanis Morissette dan No Doubt.

Yuna dengan rendah diri menjelaskan lagu itu bukan lagunya tetapi dia bersama kumpulan Owl City menyanyikan lagu itu bersama. Yuna juga turut berbangga dan gembira walaupun hanya diberi peluang kecil  penglibatan dalam filem itu.

Video peserta American Idol nyanyi lagu Shine Your Way

Rancangan American Idol juga boleh dilihat di saluran 8TV. Ulangan di saluran 711 pada Jumaat 6.05 petang.

Pasti semua peminat muzik dan peminat Yuna , rakyat Malaysia berbangga dengan pencapaian Yuna di luar negara. Semoga beliau semakin sukses di sana dan terus mengharumkan nama negara di sana.

Video suara Yuna menyanyikan lagu Shine Your Way. Merdu sungguh suara Yuna..

Filem The Croods mnggunakan suara pelakon Nocholas Cage, Emma Stone dan Ryan Reynolds. Filem ini bakal ditayangkan pada 22 Mac 2013.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold