Penjelasan Mengenai Gambar Bayi Berdarah Yang Tersebar

Tersebar di facebook  iaitu gambar bayi yang kelihatan berdarah di wad hospital Kota Bharu ketika bayi itu menerima rawatan. Ramai memberikan komen dan respon tak kurang juga ada yang memaki hamun pihak jururawat dan hospital tentang apa yang berlaku pada bayi berkenaan.

Pihak Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kelantan memberikan penjelasan kepada orang awam mengenai hal yang sebenar.

 

Petikan dari Sinar Harian

 

Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) berkata, kejadian bayi lelaki 19 hari, yang mengalami pendarahan di bahagian kaki kanan selepas saluran tiub untuk diambil darahnya tercabut ketika menerima rawatan di hospital pagi kelmarin, yang disebarkan menerusi laman sosial Facebook bukan disebabkan kelalaian kakitangannya.

Pengarah HRPZ II, Datuk Dr. Ghazali Hasni Md Hassan berkata, kejadian terbabit tidak menyebabkan bayi berkenaan cedera, namun ia telah disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang turut mengundang tomahan ramai dan menjejaskan reputasi hospital.

Sehubungan itu, Ghazali berharap, dengan penjelasan ini, masyarakat akan mendapat gambaran jelas tentang kejadian sebenar dan mengharapkan agar pihak berkenaan tidak sewenang-wenangnya menyebarkan gambar berkenaan tanpa mendapat penjelesan sebenar pihak hospital.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold